Sunday, October 31, 2010

Siapa sebenarnya 'POWER CRAZY', Musa atau Yong?

KEMPEN prk Batu Sapi hanya tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi, lantaran itu tidak hairanlah kalau kempen BN yang diketuai Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah terus berkeadaan mulut celupar yang menuduh Datuk Yong Teck Lee sebagai 'Power crazy' yang tersiar dalam Harian Ekspress keluaran hari ini.

Sebenarnya bukan Yong yang 'power crazy' seperti dakwaan Musa Amana sebaliknya beliau lah yang 'power crazy' kerana sanggup duduk dikerusi Ketua Menteri walaupun banyak tuduhan salahlaku dan Rasuah terhadapnya, tetapi beliau bernasib baik kerana SPRM lambat bertindak termasuk kes penggubalan wang di Hongkong yang melibatkan adik angkatnya Micheal Chia.

Sebagaimana yang rakyat Sabah sedia maklum khususnya pengundi Parlimen Batu Sapi, Datuk Yong Teck Lee bukanlah 'power crazy' tetapi rakyat Sabah dan pengundi Parlimen Batu Sapi mahukan Yong  duduk dikerusi Dewan Rakyat Parlimen Malaysia untuk membongkar dan menyuarakan suara hati rakyat Sabah tentang tuntutan kuasa autonomi dan 20 Perkara di Parlimen.

Kehadiran Yong di prk Batu Sapi bukan kehendak peribadi Yong tetapi sebagai memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat Sabah dan juga para pengundi Batu Sapi supaya kemungkaran pemimpin BN Sabah dan Kuala Lumpur cepat ditangani pihak berkuasa seperti SPRM seterusnya untuk menegakkan kembali demokrasi dan keadilan yang sudah lama berkubur di Sabah.

Yong bertanding di prk Batu Sapi atas jenama parti tempatan SAPP bukan soal janji-janji kosong tetapi Yong akan buktikan segala gala janjinya untuk mempertahankan hak asasi rakyat Sabah dari terus diaibkan dengan pelbagai penganiayaan.  Oleh: Mat Janggut, Kudat

75 comments:

  1. http://www.twitlonger.com/show/6o0sk5

    "SAPP's tactic is to create anti-federal sentiments, make Sabahans feel tt they hv bn marginalised by fed govt."Said Weekasiong,MCA Youth Chief in Sandakan.

    Now is a parliamentary by-election and believe CM Sabah and BN component parties from Sabah can explain well before Nov 4 2010.

    They may wish to pledge or make any declaration in paper that Sabah Autonomy and Malaysia Agreement irrelevant officially!

    If not with MCA means "anti-chinese" then what else is politics for Malaysia?

    ReplyDelete
  2. Anti-federal,Anti-BN are two different thing!
    We must make it clear also for upholding Autonomy of a state by its rakyat is also a need of practising 'inclusiveness' as more appropriate by other Malaysian.

    ReplyDelete
  3. Mr Weekasiong MCA Youth wing Skan...awak parti luar Sabah apa kamu tahu what is autonomi for Sabahan. Baiki dulu rumah kamu termasuk bersihkan lumut kotor Presiden MCA kamu baru bercakap soal Sabah...fahamkah? U tell Musa no need to explain more about autonomi as we rakyat decline to hear sebab dia pengecut tidak mahu berdebat dengan Yong.

    ReplyDelete
  4. BATU SAPI = RAKYAT KU YANG DIKASIHI.., BIARLAH REJIM BARISAN NASIONAL - PBS, UMNO, UPKO, PBRS, LDP DAN ANGGOTA-ANGGOTANYA SERAH WANG UNTUK ANDA PADA MALAM SEBELUM MENGUNDI UNTUK BELI UNDI ANDA PADA BESOK HARI.., MEREKA KASI.., AMBIL SAJA DENGAN ILTIZAM DAN TEGUH HATI UNTUK UNDI SAPP DAN MENANGKAN SAPP.

    HAKIKATNYA.., ANDA TIDAK AKAN DAPAT BANTUAN DARIPADA REJIM BARISAN NASIONAL KALAU TIADA HARI MENGUNDI.

    AMBIL PELUANG INI DENGAN SYARAT UNDILAH SAPP PADA HARI MENGUNDI DEMI UNTUK MASA HADAPAN NEGERI SABAH SUPAYA ANAK DAN CUCU KITA TIDAK MEREMPAT DAN MISKIN HARTA DI NEGERI SENDIRI.

    BUDAYA REJIM BARISAN NASIONAL MEMANG DIAKUI SEJARAH BAHAWA WANG NEGARA BUKAN UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SECARA KESELURUHANYA TETAPI DIGUNA UNTUK BELI UNDI RAKYAT.

    SEDARLAH WAHAI RAKYAT BATU SAPI..., ANDA DIBERI RM1,000.00 SEKALIPUN.., JUMLAH ITU TIDAK AKAN BERMAKNA..., HAKIKAT YANG BERLAKU IALAH ANDA AKAN MENDERITA UNTUK SELAMA-LAMANYA SAMBIL TERTUNGGU-TUNGGU TARIKH BILA LAGI PILIHANRAYA.

    KESIMPULANNYA, REJIM BARISAN NASIONAL BERI WANG.., TETAPI UNDI KITA ADALAH UNTUK SAPP.

    BIAR HIDUP SUSAH ASALKAN HARTA TANAH YANG KITA USAHAKAN TIDAK DI RAMPAS OLEH KOMANDO BARISAN NASIONAL.,

    UNDI SAPP ADALAH UNTUK KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT SABAH.

    ReplyDelete
  5. Itu ansari lagi macam taligong balik2 minta debat sama YTL .. siapa bah kerajaan sekarang? BN atau SAPP? Palui punya PKR ansari .. Kelakuan ansari betul2 macam tolong BN untuk pecah undi saja. Pergilah mampus pengkhianat ansari.

    ReplyDelete
  6. habis modalnya ansari, kita lawan dengan bn tapi dia yang lawan sapp. apa maksud dia!

    ReplyDelete
  7. Betul. YTL is the real fighter. Musa Aman tidak mahu menyahut cabaran, nampak sangat ada sesuatu yang dia sendiri akui bahawa ada kebenaran di pihak YTL. Semoga Datuk Yong Teck Lee menang di Parlimen Batu Sapi. 'Sabah for Sabahan"

    ReplyDelete
  8. Kalau BN menang, habislah perjuangan kita untuk menghapuskan korupsi kerajaan BN di Sabah dan di Malaysia. Undilah Sapp untuk maruah dan harapan anak cucu anda. Bersamalah kita orang Sabah!

    ReplyDelete
  9. Kalau kau di rumah Musa, laci laci dalam bilik dia dipenuhi dengan duit...ambil saja...ini duit rakyat!

    ReplyDelete
  10. Dasar Pemimpin dan ketua menteri yang penakut dan jelaslah bahawa ada di sebalik perkara yang ditakuti bocor jika pergi berdebat denganYTL dan ini sudah terbukti sebab Musa tidak sahut cabaran YTL .....Teruskan perjuangan"sabah for Sabahan" n Autonomy for Sabah..

    ReplyDelete
  11. Rakyat S'kan harus sedar dan bangun, pertahankan batu sapi dari cengkaman pemimpin2 UMNO BN yang rakus dan tamak itu, TPM cakap kalau pembangkang menang, YTL menang, apa yang dia boleh buat... TPM ni lupa....lali ke?... bahawa LIDAH DAN SUARA SERTA SEMANGAT YTL itu lebih tajam dan lebih bermakna kepada rakyat sabah utk menyuarakan dan menuntut hak2 rakyat sabah di dewan rakyat nanti, dibandingkan dgn pemimpin2 UMNO BN Sabah yang hanya seperti kerbau dicucuk hidung, dan hanya memikirkan kepentingan mereka untuk cepat kaya sahaja, sedangkan rakyat sabah dibiar, bila ada pilihanraya baru lah peruntukan kilat ditabur disana sini.

    ReplyDelete
  12. cuba lihat keadaan penduduk kampung, keadaan rumah2, kemudahan asas,air letrik tidak ada, jambatan disana sini buruk,keadaan jalan raya...menyedihkan...tapi cuba kita tngok pemimpin2 UMNO Sabah yang jadi barua2 pemimpin UMNO pusat...mereka2 ini lah yang kaya raya, mereka2 ini lah yang dijaga oleh pemimpin2 UMNO pusat kerana mereka adalah aset untuk pemimpin2 UMNO pusat mendapat tempat dalam barisan AMT UMNO. memang benar apa yang dikatakan oleh YTL calun SAPP, bahawa apa juga bantuan kerajaan BN, peruntukan kerajaan BN tidak sampai ke SASARAN...sebab semua itu terlebih dahulu melalui pemimpin2 UMNO....mereka dulu yang bagi2..itu sebab tidak sampai ke sasaran....

    ReplyDelete
  13. Pemimpin2 BN kata dulu SAPP masuk BN cakap BN baik...sekarang kaluar BN cakap BN tak baik....Memang bila SAPP masuk BN, dengan harapan rakyat Sabah dijaga dan tidak dianianya...tetapi setelah 15 tahun dalam BN dan selepas pilihanraya PR12..seperti kata pepatah...pemimpin2 BN tidak ubah seperti telunjuk lurus kelingking berkait...mereka punya agenda yang tersembunyi...habis pemimpin2 UMNO Sabah jadi kerbau utk ikut telunjuk mereka...utk jadi alat bagi merampas hak rakyat Sabah….bagi pemimpin2 UMNO Sabah...mereka tidak peduli...kerana mata dan telinga mereka sudah tertutup oleh kemewahan2 dan jawatan2 yang disumbat pada mereka....tapi yang menjadi mangsa adalah lah rakyat Sabah yg tidak punya apa2...yg ada tanah sekangkang kera pun ditipu oleh orang2 dari KL..NAH.KESABARAN ADA BATASNYA - Selepas PR12, SAPP nampak peluang utk menyuarakan apa yg terbuku dihati rakyat Sabah selama ini, tetapi pemimpin2 BN Pusat TUTUP TELINGA dan tidak senang dgn tindakan SAPP...mereka kata SAPP tidak menghormati...maka satu jalan saja...dgn keluar dari BN saja baru lah SAPP dapat menyuarakan hasrat rakyat Sabah yang selama dalam BN teranianya dan ditipu oleh pemimpin2 UMNO Pusat..melalui pemimpin UMNO Sabah, jadi mesti kah kita membiarkan perkara ini terus2 brlaku sehingga anak cucu kita merempat dan menjadi pengemis dinegeri sendiri....maka marilah kita sama2 tanamkan semangat dan bangun bersama YTL melalui SAPP...untuk menghalau UMNO balik ke semenanjung...dan menangkan SAPP- YTL, supaya YTL boleh menyuarakan dan membongkar segala perbuatan keji pemimpin2 UMNO Pusat dan UMNO Sabah...

    ReplyDelete
  14. Kita tengok saja apa yang berlaku PR di Batu Sapi...siapa yang banyak disana? calun dari PBS - BN, tapi yang membanjirkan S'kan adalah ahli2 UMNO dari seluruh malaysia....ahli2 PBS mana?...tengok lah nanti...peruntukan kilat untuk projek2 di S'kan yang diluluskan itu siapa yang dapat.... INGAT RAKYAT S'KAN...KEMENANGAN SAPP-YTL, DI BATU SAPI ADALAH KEMENANGAN RAKYAT SABAH...BAGI KITA MEMULAKAN LANGKAH UNTUK MEMBENTRAS PENINDASAN, PENIPUAN, KORUPSI, KETIDAK ADILAN, DAN BANYAK LAGI YANG AKAN DIDEDAHKAN OLEH YTL....KITA YAKIN YTL AKAN BUAT INI SEMUA DEMI KESEJAHTERAAN DAN MARUAH RAKYAT SABAH....YTL PEMIMPIN YANG SUDAH DIUJI AKAN KEBERANIAN NYA. KEPIMPINAN, KEBOLEHAN, KETABAHAN, KESABARAN DAN SEMANGATNYA....BEBERAPA TAHUN YTL TIDAK MEMPUNYAI APA2 JAWATAN DALAM KERAJAAN...TETAPI YTL TETAP TURUN PADANG...TETAP JUMPA RAKYAT...TETAP JALANKAN TUGASNYA. MELALUI SAPP...undi lah SAPP – YTL demi masa depan rakyat Sabah….

    ReplyDelete
  15. KEPADA PENGUNDI P.185 BATU SAPI UNDI ANDA PADA PILIHANRAYA KECIL INI ADALAH LANGKAH BARU UNTUK MENGAMBIL HAK ORANG SABAH.SUDAH LAMA KITA MENDERITA TDK GUNA KITA MELAUNGKAN KEMERDEKAAN ANDAI DIRI KITA DAN HAK KITA MASI DI JAJAH.SO APA TUNGGU LAGI VOTE FOR SAPP.BERSAMA KITA MEMBANGUN SERENTAK KITA MAJU.

    ReplyDelete
  16. penembirang basar ba si Yong tu!November 1, 2010 at 1:38 PM

    Hahaha ketawa aku baca ni artikel...mimang ketara betul Mr Yteli ni gila kuasa...ada jg tu pemimpin SAPP di Sandakan, tapi mau jg dia yg bertanding...pemimpin2 berkaliber di dalam SAPP habis semua kana buang, tinggal lagi Mr. Yes Boss!

    Buat apa mau debat perkara yg obsolete? kalau ada penyelesaian dari debat tu tidak apa la, ini kalau sekadar berdebat dgn tujuan untuk menimbak2 urang, apa faedah rakyat dapat??

    ReplyDelete
  17. YTL memang berani, tapi mengapa YTL menolak mentah-mentah untuk berdebat dengan Ansari????? jika Yong berani untuk mengajak orang berdebat sepatutnya dia juga berani untuk diajak berdebat...

    ReplyDelete
  18. Isu Sabah for Sabahan dan Borneozation yang dilaungkan oleh Yong Teck Lee hanyalah ratorik semata-mata, Yong pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1996-1998. Semasa ditampuk kuasa Yong memuji-muji BN. Slogan Yong masa itu, BN Boleh, Sabah Boleh, SAPP Boleh. tapi tak pernah pun Yong membangkitkan isu berkaitan Perkara 20. kini apabila dia tak berkuasa dan menjadi pembangkang bermacam- macam isu dilemparkan semata-mata untuk menarik sokongan.

    ReplyDelete
  19. Sukar untuk mempercayai kata-kata YTL. Saya lebih rela lagi undi BN atau PKR daripada SAPP. Ko tengok sahajalah macam mana YTL mentadbir Sabah dulu ketika dia masih KM.

    ReplyDelete
  20. Pengundi harus bijak menilai mana satu calon yang benar-benar ikhlas membantu rakyat. Harap2x calon yang menang adalah yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Janganlah timbulkan power crazy dikalangan pemimpin kerana ia hanya akan menimbulkan perkara2 lepas.

    ReplyDelete
  22. Jangan libatkan masalah peribadi pemimpin. Tumpukan pada kempen di Batu Sapi kerana hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

    ReplyDelete
  23. Sukarlah untuk mempercayai parti SAPP dan PKR

    ReplyDelete
  24. kenapa baharu sekarang ingin membongkar dan menyuarakan suara hati rakyat Sabah tentang tuntutan kuasa autonomi dan 20 Perkara di Parlimen. Ini macam bersifat politik untuk meraih kemenangan sahaja, boleh rakyat mempercayai semua ini..

    ReplyDelete
  25. sebaik2nya isu berat seperti ini dibincangkan secara legislatif sekaligus mencari penyelesaian secara profesional tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik mana2 parti.

    ReplyDelete
  26. semasa Yong menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak2 rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran2 tanah untuk kampung2 tradisional melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. tiada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra..

    ReplyDelete
  27. YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep Sabah Sabahan dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. pengundi di Batu Sapi seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi2 Batu Sapi.

    ReplyDelete
  28. antara hak rakyat lain yang diambil oleh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, Tanah2 Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd. wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings, Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan, merobohkan rumah2 kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran...

    ReplyDelete
  29. bagaimana YTL mahu memperjuangkan slogan beliau sedangkan reputasi lampaunya amat jauh bertentangan dengan slogan yang dilaung-laungkan oleh beliau hari ini? kepada rakyat Batu Sapi selidik dahulu prestasi dan reputasi calon sebelum membuat pilihan.

    ReplyDelete
  30. konsesi balak ialah FMU untuk kepentingan kayu yang akan cepat habis kalau bukan praktikan..inilah rancangan kerajaan semasa YTL ketua menteri dan keputusan kabinet.

    Kalau ada penyelewengan tentu ada kes...janganlah buat masa untuk menuduh-tuduh sebarangan.

    ReplyDelete
  31. KITA TDK SEPATUTNYA MENUNDING JARI PADA SESIAPA TAPI KITA HARUS SEDAR YANG KITA SEBAGAI RAKYAT INI HANYA JADI MAINAN SEMASA BERKEMPEN.JANJI AKAN DI TABUR,SUMBANGAN AKAN DI AGIHKAN PELBAGAI JENIS TANPA MELIHAT KITA SIAPA.SEMUA ITU MEMANG HAK KITA DARI DULU LAGI.TAPI SEMUA ITU HANYA SEBAGAI BAYANG BAYANG DALAM MIMPI RAKYAT.SEBALIKNYA ORG2 YANG GITU2 YANG SENANG DAN NENYAK TIDUR BILA DAH MENANG.MANA PERGINYA JANJI2 MASA PILIHAN RAYA K 12 DULU.NAPA BARU SEKARANG PELBAGAI PIHAK BARU TURUN PADANG.NAPA TDK DI LAKSANAKAN SELEPAS MENANG DULU.SKARANG RAKYAT TIDAK BODOH.KITA ORG SABAH DAH BOLEH MELIHAT MENDENGAR DGN JELAS SAPA KITA SEBENARNYA.APA GUNA HANTAR RIBUAN RINGGIT PADA NEGARA ORANG ANDAI RAKYAT SENDIRI DI KWSAN PDLAMAN TIDAK MDPT HAK YNG PTUT DI PEROLEHI.SEMUA TU DUIT RAKYAT BAH.TOLONG LAH JGN JADIKAN RAKYAT SABAH INI SEBAGAI FIXED DEPOSIT.KALAU FIXED DEPOSIT YG BERGUNA PD SEBAH SENDIRI TAK APA.APA BAH MAKNA SEMUA INI.JGN LAH JADILKN KAMI INI TERANIYA LAGI.KAMI PN MAU MAJU JG BAH.JADI SEDAR DAN INSAF LAH WAHAI PENGUNDI BATU SAPI.BUKA MATA BUKA HATI...KITA MAU MAJU KITA PN MAU SENANG BAH.JGN DORANG SAJE YG NAK MAJU.PERJUANGKAN HAK KITA JGN NAK SENANG TINDAS KAMI LG.......SETIAP DETIK BERJALAN DENGAN PANTAS KITA MAU SAMA SAMA MEMBANGUN DAN SERENTAK KITA MAJU.BARU BEST..........SO, PAHAM2 LAH UNDI SIAPA..

    ReplyDelete
  32. atas hubungan baik YTL dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan hingga membolehkan beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Timbalan Presiden PBS pada 30 September 1989. Pada 19 Julai 1990, YTL dilantik oleh Ketua Menteri (Pairin), sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri sehingga 19 Januari 1994. rentetan krisis dalaman PBS pada waktu itu mendorong YTL keluar PBS bertindak pantas menubuhkan sebuah parti baru iaitu SAPP pada 19 Januari 1994 dengan membuka keahlian kepada semua kaum, sama seperti PBS. YTL menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden PBS yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik bahkan, YTL sendiri mengepalai kumpulan mengkhianati Pairin.

    pada PRU-12 lalu, Yong mendesak Musa Aman agar dia diberikan kawasan Parlimen Kota Kinabalu, namun Musa Aman enggan; kerana kerusi itu milik PBS. disebabkan Yong gagal mendapatkan kerusi itu, maka Yong sabotaj calon BN, sehinggakan kerusi Parlimen Kota Kinabalu jatuh ke tangan DAP. selain itu, Yong tidak mahu bertanding, walaupun Musa Aman memberinya peluang memilih kawasan2 lain, namun Yong hanya mencadangkan agar dia di lantik sebagai Senator. apabila keputusan PRU-12 diketahui, di mana BN kehilangan 2/3 majoriti di dewan rakyat, Yong mendesak Musa Aman melantiknya sebagai senator sekaligus sebagai menteri penuh di kabinet persekutuan. Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri masa itu, tidak bersetuju dengan cadangan itu. akibat daripada itu, maka Yong keluar BN dengan alasan telah "hilang kepercayaan" terhadap Abdullah. sebenarnya itu bukan sebab utama Yong keluar BN, sebabnya adalah kerana Yong dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2, bagi mewakili Sabah dan Sarawak dan keturunan cina dalam kabinet Anwar Ibrahim, hasil daripada gerakan 16 september 2008.

    2 kali menggunakan alasan 'hilang kepercayaan' semata2 mahu berkuasa.. Jadi siapa 'Power Crazy' sebenarnya?

    ReplyDelete
  33. Isu SAS telah dibicangkan panjang lebar pada persidangan DUN Sabah yang lalu. Dalam persidangan DUN itu, telah terbongkar bahawa mereka yang terlibat dalam skandal swap saham bluechip MISC milik SAS dengan saham spekulatif seperti saham sugarban adalah para individu yang ada kaitan rapat dengan Yong Teck Lee.

    YONG berjuang bukan untuk kepentingan rakyat Sabah sepertimana yang digembar-gemburkannya. YOng berjuang untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  34. YONG macam berjuang untuk Kuasa ini. Sepatutnya kalau mahu menang Batu Sapi berperanglah dengan Datin Linda Tsen dan bukan KM. Yang bertanding sekarang ialah Datin Linda dan bukan KM. Jadi kenapa mahu berdebat dengan KM kalau tidak ada kena mengena dengan PRK Batu Sapi ini. Kita boleh nampak disinikan macammana YTL. Gila kuasa bah itu kalau macam itu. YTL janganlah hampakan peyokong mu ini bah. sia-sia kami sokong tapi kalau ko macam gila kuasa pula ini. berdebatlah bah dulu dengan cDatin Linda barulah nanti-nanti dengan KM.

    ReplyDelete
  35. tak perlulah nak percaya pada propaganda Yong Teck Lee. dia tk boleh mentadbir Sabah dgn baik.

    ReplyDelete
  36. rakyat Batu Sapi pasti tahu siapa yang patut mereka undi. Yong mungkin pandai mengkritik dan mengemukakan pelbagai isu. namun, mengapa baru sekarang ianya dibangkitkan dan bukannya ketika dia menjadi KM dulu???

    diharapkan semua calon bersaing secara sihat. Tinggal beberapa hari lagi sebelum proses pengundian PRK Batu Sapi. semua calon perlu menggunakan masa ini sebaiknya untuk mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  37. Kalau Batu Sapi saja dia mahu bagi isu 20 perkara itu tidak ada guna juga kerana memang sekarang dalam usaha sudah oleh kerajaan Pusat. Perkara ini tidak boleh dibuat dengan membadi buta saja, terus-terus.

    Ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bukan mudah mahu membubarkan sesuatu jika tidak dikaji terlebih dahulu. jadi kalau isu 20 perkara itu, tidak perlulah YTL mahu buka-buka mungkin orang yang tidak pandai saja yang akan mengikuti YTL itu, orang yang pandai-pandai akan ikut kejalan untuk kebaikan mereka. Jadi harap YTL cubalah datang batu sapi untuk membantu mereka seperti PKR ANSARI lakukan. Begitu barulah pemimpin yang rajin.

    Ini tidak, YTL duduk di kadai kopi p minum cerita-cerita buat berita saja. Cubalah dekati rakyat dengan membantu mereka dan bukan mahu gila kuasa pula. Cuba dulu kalau menang Batu Sapi try buktikan YTL dapat membantu Batu Sapi atau menghancurkan Batu Sapi nanti. Itu yang rakyat mahu tengok sebelum meperjuangkan isu 20 perkara itu. Batu Sapi belum dapat ditawan dan tidak pasti maju atau tidak oleh YTL nanti mahu membangkitkan isu 20 kunun pula. Cuba dulu betul kah YTL ini boleh atau tidak. Kalau cuma tahu 20 perkara bagus tidak payah. Tidak membantu rakyat Batu Sapi pun perkara itu. Jeti pun tidak terbangun mungkin kalau fikir 20 perkara itu saja. Asyik perjuang rakyat dilupakan.

    YTL harus sedar bahawa Rakyat begitu mengharapkan pemimpin yang mampu memberikan sesuatu kepada mereka dalam masa yang singkat. Bukan yang bertahun-tahun. Jadi fikirkan sesuatu yang dapat membantu mereka dan bukan asyik cerita di kadai kopi, perkara sama..20..20..20...bantu rakyat itu penting dari 20 perkara yang YTL fikirkan itu.

    ReplyDelete
  38. YTL tidak sepatutnya muncul dalam arena politik lagi kerana beliau sudah banyak berdosa dalam politik!!! YTL la orang yang memporak perandakan PBS satu masa dulu, ya mungkin beliau sudah lupa akan peristiwa itu namun rakyat tidak akan pernah melupakan apa yang telah beliau lakukan.

    ReplyDelete
  39. Kita tidak tahulah apa yang YTL tidak puas hati dengan BN. Adakah YTL mempunyai perasaan dengki atau sebaliknya. Apa pun YTL semoga berjaya memenangani kerusi Batu sapi, tapi itu kalau menanglah. Kalau kalah duduk diam dan berusaha lagi.

    ReplyDelete
  40. Kami tidak perlukan pemimpin yang hanya tahu bersembunyi di sebalik Parti yg telah banyak berjasa kepada negara...BN parti yang bnyak membantu...TAPI BUKAN PEMIMPINNYA YANG HANYA TAHU GOYANG KAKI SAJA!! di sebalik konspirasinya di atas semua ini,,ianya hanya lah utk kepentingan diri sendiri...kalau bukan YTL siapa lagi yg berani mempertahankan hak2 org2 sabah yang di ambang kemiskinan?...apa lah maknanya kita ditertawakan oleh org semenanjung dgn mengatakan..."pergi sabah menaiki sampan!!"...hati siapa nda sakit bila kawan menyatakan hal ini sambil ketawa terbahak2...

    harga barang naik...menteri goyang kaki...ndada rasa apa sbb dorang masih byk duit mo beli brg...yg sengsara rakyat yg berpendapatan rendah...sudah lah miskin...mo beli beras gula tepung pun nda mampu...

    peluang2 pekerjaan anak2 muda juga diambil oleh anak2 muda dari semenanjung..mana tidak,,kebanyakkan pengarah2 org atasan adalah dari kalangan org semenanjung...bukan niat hati ingin meminggirkan org semenanjung..tapi,,budaya ini yg menyebabkan kita terpaksa melakukannya bila anak2 muda kita tiada pekerjaan,,melepak,,buang masa...entah2 silap2 hari bulan,,perompak2 pencuri dan penjenayah bakal dari siswazah2 yg terpaksa mencuri demi membayar hutang PTPTN yg semakin berlipat ganda bunganya...

    akhir kata,,melihat berita,,membaca surat khabar...saya sangat kecewa dgn pemimpin2 BN yang masing2 menabur fitnah dan tohmahan kpd pemimpin2 pembangkang semata2 ingin memancing undi rakyat jelata...terfikir sejenak.."INIKAH PEMIMPIN YANG KITA AGUNG2KAN SELAMA INI?..JIKA MEREKA BENAR,,MEREKA TIDAK SEPATUTNYA MELENTING...MEREKA IBARAT MELONTAR BATU KPD BAYANG2 MEREKA SENDIRI"...

    renungan buat bapa2,,mama2...Tolonglah anak2 kalian semua!

    ReplyDelete
  41. Kalau itu 'vacuum cleaner' sapu semua, apa lagi kita dapat?

    ReplyDelete
  42. Tapi kita harus ingat bahawa pemimpin diSabah adalah orang sabah dan bukan orang semenanjung. Tapi kerajaan persekutuan saja kebanyakkan orang semenanjung. Jadi kita harus mengharapkan Sabah akan dipimpin dengan baik. Lagi satu??bagaimana dengan PKR adakah kamu setuju mereka memerintah??kemungkinan tidak lama lagi SAPP akan menjadi antara Parti PR??macammanalah sekarang itu??

    ReplyDelete
  43. Lin...apa lah bah kau ni, kalau mau berdebat buat apa sama Ansari ? sama-sama pembangkang....apa hasilnya ? sekarang ni pembangkang lawan BN - bah

    ReplyDelete
  44. I'm sure some of these comments were typed by BN people... Not to say the other parties didn't but isn't it pretty obvious?!? Anyway.... Voters in Batu Sapi, be wise and vote for the one that you think will deliver best!

    ReplyDelete
  45. Kita tengoklah bagaimana keputusan pilihan raya kecil selepas ini. Tunggu dan lihatlah.

    ReplyDelete
  46. Biar rakyat sendiri saja yang menentukan sama ada mahu mengundi BN, PKR ataupun SAPP.

    ReplyDelete
  47. ya.. pemimpin BN di Sabah ini semuanya berasal dari Sabah tak ada seorang pun dari negeri lain. YTL tak perlu nak melaung laung " Sabah untuk Sabahan" kerana ia telah dilaksanakan di negeri ini. kini anak2 Sabah mula diberi peluang untuk menjawat jawatan penting dalam persekutuan, perayaan Hari Malaysia mula diadakan pada setiap 16 September. Sabah mempunyai Ordinan Perundangan sendiri dan byk lagi. walupun ia belum lagi secara menyeluruh, namun ia akan dilaksanakan secara perlahan lahan.

    ReplyDelete
  48. Samsiah...20 perkara itu penting tau..bila 47 tahun lalu sabah, sarawak dan singapore menyertai malaysia perkara ini sudah wujud sebagai syarat dan menyertai malaysia adalah sebagai "equal partners" tetapi kenyataannya apa yang berlaku berlainan dari konsep yang sebenarnya...pemimpin pusat mulai lupa...itu sebab rakyat sabah tidak berhenti menyuarakan perkara ini...dn pada tahun 1990..PBS - Pairin keluar dari BN kerana tidak puas hati atas sikap pemimpin BN pusat..dan kalau kau tanya kenapa sekarang ini Pairin-PBS masuk balik BN, sebab dia tidak sanggup tengok ahli2 dia ditindas oleh orang2 UMNO-islam, mengalah lah dulu...cari kesempatan dalam kesempitan lah dulu, kalau tidak kasian lah mereka tidak merasa menjadi menteri kan...tapi percayalah pairin tidak lupa itu semua....kalau dia benar2 berjiwa sabahan...sejarah akan berulang...
    Sepatutunya dalam 47 tahun sabah merdeka...ditahun 2020 ini jalanraya kekampung2 sudah brtar,abuk dan lubang2 dijalan sudah tidak kelihatan, tapi malangnya sudah 47 tahun merdeka, sudah 16 tahun sabah dalam BN tpi apa yg kita lihat...contohnya di batu sapi....kenapa masih terdapat jambatan buruk, tiada lampu jalan, jalan2 berabuk dan perumahan2 rosak tidak dipeduli….. kau ada tengok tv ke masa lawatan pemimpin2 BN ke Pulau Timbang..kasian penduduk disana merayu...kasi lah kami ayer paip...selama ini kami pakai air hujan saja, bagi lah kami jetty, tolong lah bikin kan jambatan kami..dn kau tengok keadaan kampung diaorang...sebagai orang sabah, kau tidak kasian ke tengok keadaan macam tu, dan perkara ini bukan di Pulau Timbang saja tetapi diseluruh sabah, sedangkan perkampungan di bandar2 pun tidak kena pelihara apa lagi di kampung2 pedalaman....

    ReplyDelete
  49. Samsiah....kau cakap YTL duduk kedai kopi saja bercerita...kau ni kenal ke tidak dgn YTL? dia ni bukan jenis duduk kedai kopi jual tamberang..mungkin kau ni yang tidak pernah ikut aktiviti2 kemasyarakatan...tu sebab kau tidak pernah tau apa itu tugas dan tanggungjawab...mungkin kau ni biasa ikut belakang pemimpin2 orang2 besar UMNO....supaya dapat projek besar kan....tu sebab kau tidak tau.
    Samsiah...YTL tidak gila kuasa, walaupun dia berbangsa Cina tetapi dia berjiwa rakyat, dia berkhidmat untuk semua kaum tanpa mengira bangsa, agama, kerturunan mahu pun warna kulit, bukan macam pemimpin2 UMNO - pilih bulu-orang2 yang boleh dijadikan nya kerbau, barua kenyang lah, kaya lah, kau tahu ke berapa tahun YTL tidak punya apa2 jawatan, tetapi dia tetap turun padang, tetap jumpa rakyat, bukan di kk saja tetapi diseluruh sabah...kau tau ke sejak SAPP ditubuhkan pada tahun 1994, YTL sudah turun padang, jumpa rakyat diseluruh sabah, pergaulannya dengan semua bangsa, agama cukup meluas, buktinya bahasa melayunya pun cukup baik, adat2 orang2 melayu, kenduri kahwin ke kenduri kematian ke, Puasa ke, hari raya ke,YTL senantiasa hadir dan memahami budaya kaum2 lain....kasian lah kau ni...kau cakap dan suruh YTL datang ke batu sapi kempen...kau tau ke semasa puasa, semasa sambutan hari raya YTL sudah ke S'kan dan keseluruh sabah dan selepas saja diumumkan laki c linda tu mati YTL dan pemimpin SAPP sudah berada disana bah...kau ni btul2 lah bercakap tidak mengikut fakta yang benar...menghentam membabi buta...berapa kena bayar ? buka mata...buka telinga...tapi jangan buka kain...orang ya... bercakap gunakan lah fakta yang benar...jadi saya disini ingin menjelaskan...tidak baik memfitnah...apa pun bangsanya apa pun agamanya..dia juga manusia..yang cukup berdisiplin ….kalau dibanding dengan pemimpin2 UMNO - Islam, YTL lebih baik dan mulia sikapnya dan perjuangannya...sekurang2 dia berani menyuarakan keluhan rakyat sabah demi menuntut hak rakyat sabah yang selama ini dicengkam oleh pemimpim2 UMNO Pusat...rakyat sabah ingin bebas...dari cengkaman pemimpin2 UMNO Pusat ….

    ReplyDelete
  50. ferlo cakap " ya.. pemimpin BN di Sabah ini semuanya berasal dari Sabah tak ada seorang pun dari negeri lain. YTL tak perlu nak melaung laung " Sabah untuk Sabahan" kerana ia telah dilaksanakan di negeri ini. kini anak2 Sabah mula diberi peluang untuk menjawat jawatan penting dalam persekutuan, perayaan Hari Malaysia mula diadakan pada setiap 16 September. Sabah mempunyai Ordinan Perundangan sendiri dan byk lagi. walupun ia belum lagi secara menyeluruh, namun ia akan dilaksanakan secara perlahan lahan. "


    selama puluhan tahun, jawatan penting tu telah dirampas oleh orang semenanjung ...nah, kalau bukan SAPP yang melaung-laung , apakah kerajaan persekutuan mahu membuka peluang sekarat itu untuk orang Sabah menjawat jawatan penting dan merayakan Hari Malaysia yang dahulunya dirayakan sebagai Hari Ulang tahun TYT untuk mengelabuhi mata orang Sabah ?

    undilah Yong/SAPP yang suka melaung dengan lantang supaya semuanya dapat dilaksanakan dengan express bukan secara perlahan-lahan seperti yang kamu harap ....

    ReplyDelete
  51. Ace ....ytl tidak pernah menjadi penghianat PBS bila dia meninggalkan PBS sebelum pilihanraya dan menubuhkan parti SAPP ....lebih baik keluar jika tidak sehaluan ....sama juga dengan Peter Pang yang baharu keluar dari LDP, apakah dia penghianat LDP juga ? ...bila keluar, tak bawa apa2 harta/kepunyaan PBS, bagaimana jadi penghianat ?

    ...cerita karut kamu mengenai Yong tidak diberi jawatan senator, calon KK membuat Yong membawa keluar parti SAPP dari BN lebih melucukan lagi . Semua ahli majlis tertinggi SAPP kecuali beberapa orang yang mementingkan keperluan pribadi mereka sendiri yang memutuskan keluar dari BN bukan Yong seorang sahaja ...

    ReplyDelete
  52. YTL memang harus digelar power crazy. Dia kan dah pernah jadi CM tapi berlagak seperti ingin merebut kerusi CM pula.

    ReplyDelete
  53. Kebiasaan org yg gila kuasa adalah dari pembangkang masuk party kerajaan....SAPP tidak gila kuasa,sbb tu sanggup keluar dari gagasan pemerintah untuk menjadi pembangkang demi perjuangan rakyat dan negeri Sabah ! Yg gila kuasa tidak sanggup ikut keluar,macam dorang Raymong Tan dan kuncu2 nya...Undi SAPP bererti sokong kuasa dikembalikan kapada org Sabah....bukan mau tunggu KL punya arahan baru berani bertindak...budaya palui !!!!

    ReplyDelete
  54. kenapa baru sekarang Yong menyuarakan isu-isu ini?? masa dia jadi KM dulu apa yang dia lakukan?? sekarang bila sudah tiada kuasa barulah kononnya bersuara..

    ReplyDelete
  55. YTL is not fit to slam other leaders. He should look himself into the mirror.

    ReplyDelete
  56. Inilah masa yang tepat untuk YTL menyuarakan hasrat dan perjuangan Sabah...sebab inilah peluang emas untuk membuat perubahan. tahu.

    ReplyDelete
  57. YTl cuma tau berkata kata sahaja, tp kemampuan dalam pentadbiran tak ada, lihat semasa dia jadi KM, SAS rugi kerana dia. masa tu tak ada pula dia cakap pasal autonomi Sabah.

    ReplyDelete
  58. Sejujurnya, uncle Yong memang tidak berpotensi untuk mengecam pihak lain. Walaupun dia seorang peguam namun kredibilitinya sebagai pemimpin memang patut dipertikaikan.

    ReplyDelete
  59. BN dan PR Sabah memang melantik orang Sabah tapi semua pun PUPPET saja dan kena melaporkan diri sama bos mereka di kl. Orang Sabah TAK NAK Pak Turut! Faham ke? Palui

    Tidak mustahil ada segenlintir orang kita suka aje jadi Pak Turut macam seekor sapi diheret hidung seumur hidup oleh party malaya. Pigilah kamurang mampus di laut, TAKDE maruah langsung!

    ReplyDelete
  60. BN byk membantu Sabah sampai negeri terkaya jadi termiskin sekarang? Otak udang ke orang ini? Atau lupa bawa Otak semasa taip disini.

    ReplyDelete
  61. jadi YTL boleh membawa kekayaan kepada Sabah? semasa dia jadi CM, SAS rugi besar. YTL juga penyebab negeri Sabah menjadi negeri miskin. kini di bawah kepimpinan Musa, negeri Sabah semakin membangun dan maju. kadar kemiskinan berjaya dikurangkan, Tawau kini menjadi daerah pertama yang mempunyai sifar kadar kemiskinan.

    ReplyDelete
  62. I don't see him as a leader.Sorry.

    ReplyDelete
  63. tati ....Yong tidak bersuara semasa didalam BN sebab etika BN yang tak membenarkan ahli menyuarakan di media ....sebagai ahli yang taat peraturan, Yong cuma boleh menyuarakan dalam BN dan mendapat tentangan dari Amino dan akhirnya dia disingkirkan dengan cara halus oleh Amino iaitu melalui mahkamah ...ala, cuma penyokong BN sahaja yang pura2 tak mengerti hal ini ....

    ReplyDelete
  64. ...kalau Yong "power crazy" ....kenapa dia tidak menjadi YB selama 10 tahun ? ....sebagai Presiden SAPP, sepatutnya dia boleh menjadi YB ...nilah pemimpin yang diperlukan oleh Sabah , berjuang demi rakyat pada masa yang sesuai ....

    ..tidak macam tu CM , sudah ada gelaran "vacuum cleaner", ada berita berkaitan dengan tu wang haram sebanyak $16 juta di Hongkong, ...masih tidak meletakkan jawatan CM dan menyebabkan perpecahan UMNO Sabah ....

    ReplyDelete
  65. kili cakap..."jadi YTL boleh membawa kekayaan kepada Sabah? semasa dia jadi CM, SAS rugi besar. YTL juga penyebab negeri Sabah menjadi negeri miskin. kini di bawah kepimpinan Musa, negeri Sabah semakin membangun dan maju. kadar kemiskinan berjaya dikurangkan, Tawau kini menjadi daerah pertama yang mempunyai sifar kadar kemiskinan."

    ...SAS rugi besar dari dahulu, sekarang dan selamanya asalkan UMNO masih menjadi kerajaan ...kenapa Yong dituduh dan kerajaan tidak berani mengeluarkan "white paper" untuk menyelesaikan masalah puluhan tahun ni ? ...sebab yang terlibat dan menyebabkan kejatuhan SAS bukan Yong tetapi orang UMNO ...kalau betul Yong yang menyebabkannya, bukankah inilah peluang UMNO/BN menyerang SAPP dengan bukti melalui media massa ...bukannya melalui ikan bilis macam "kili" yang suka menyebar khabar palsu dan sangka semua orang senang diperbodohkan ....

    ...dibawah kepimpinan Musa / UMNO, Sabah semakin membangun dan maju ? ...dari mana ko dapat info ini ? ...seluruh Msia tahu Sabah telah menjadi negeri termiskin sejak kemasukan UMNO ke Sabah ...

    ...paling melucukan lagi kenyataan kamu,"Tawau kini menjadi daerah pertama yang mempunyai sifar kadar kemiskinan." ....ha ha ha ...inilah kemahiran orang UMNO/BN selama puluhan tahun, mengelabuhi mata orang Sabah dengan statistik palsu ....tanyalah orang kampung Tawau, mereka pasti akan memaki tu orang UMNO yang meletakkan billboard besar di TAwau hanya untuk menyenangkan hati Musa yang melawat Tawau pada masa itu ....Musa pun kena tipu .....ha ha ha ...

    ...pemimpin penipu, pengikutnya tentulah sudah belajar dari pemimpin menipu dan berbohong ...

    ReplyDelete
  66. alai cakap...."YTl cuma tau berkata kata sahaja, tp kemampuan dalam pentadbiran tak ada, lihat semasa dia jadi KM, SAS rugi kerana dia. masa tu tak ada pula dia cakap pasal autonomi Sabah"

    ...satu lagi yang tak baca berita terkini mengenai SAS ....kerajaan UMNO yang tak mahu menyelesaikan dan menerangkan hal sebenar mengenai SAS kepada pelabur bukan Yong ...dokumen ada dalam tangan kerajaan, bukankah ianya tanggungjawab kerajaan menerangkannya kepada pelabur dengan mengeluarkan "white Paper " ?

    ...kalau Yong cakap pasal autonomi Sabah masa tu, ada gunakah ? ...tak ada, sebab masa tu BN terlampau kuat ...tetapi Yong ada pertahankan beberapa hak Sabah semasa dia berada dalam kabinet BN sampai UMNO tidak tahan dengan Yong yang selalu melawan mereka ...lalu Yong disingkirkan melalui mahkamah ...ingat Yong bersama UMNO hanya 4 tahun sahaja ...sesudah tu Yong rajin memupuk orang muda Sabah untuk menjadi pemimpin yang diharapkan oleh orang Sabah ...

    ...sekarang UMNO/BN sudah goyang ,....nilah masanya yang ditunggu-tunggu untuk memperjuangkan Sabah autonomi ...cuma orang Sabah yang mendapat manfaat dari UMNO sahaja tidak dapat melihat kenyataan Sabah telah ditindas oleh UMNO ...memang penghianat Sabah demi kepentingan diri sendiri ....

    ReplyDelete
  67. Kulou cakap... "YTL tidak sepatutnya muncul dalam arena politik lagi kerana beliau sudah banyak berdosa dalam politik!!! YTL la orang yang memporak perandakan PBS satu masa dulu, ya mungkin beliau sudah lupa akan peristiwa itu namun rakyat tidak akan pernah melupakan apa yang telah beliau lakukan."

    ...yang meninggalkan PBS bersama Yong pada masa tu cuma beberapa orang sahaja ....kenapa PBS boleh menjadi porak poranda hanya kerana beberapa orang ? ....jelas sekali kepimpinan PBS memang tidak pandai, tidak berkaliber dan tidak cekap untuk mengukuhkan parti PBS ....jangan salahkan orang lain , tengok cermin dulu ya ...tambah bercerita bertambah kena malu nanti ...

    ReplyDelete
  68. Samsiah cakap...."Kalau Batu Sapi saja dia mahu bagi isu 20 perkara itu tidak ada guna juga kerana memang sekarang dalam usaha sudah oleh kerajaan Pusat. Perkara ini tidak boleh dibuat dengan membadi buta saja, terus-terus.

    Ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Bukan mudah mahu membubarkan sesuatu jika tidak dikaji terlebih dahulu. jadi kalau isu 20 perkara itu, tidak perlulah YTL mahu buka-buka mungkin orang yang tidak pandai saja yang akan mengikuti YTL itu, orang yang pandai-pandai akan ikut kejalan untuk kebaikan mereka. Jadi harap YTL cubalah datang batu sapi untuk membantu mereka seperti PKR ANSARI lakukan. Begitu barulah pemimpin yang rajin.

    YTL harus sedar bahawa Rakyat begitu mengharapkan pemimpin yang mampu memberikan sesuatu kepada mereka dalam masa yang singkat. Bukan yang bertahun-tahun. Jadi fikirkan sesuatu yang dapat membantu mereka dan bukan asyik cerita di kadai kopi, perkara sama..20..20..20...bantu rakyat itu penting dari 20 perkara yang YTL fikirkan itu."

    ...Samsiah lah yang membuat kenyataan membabi buta ....pada mulanya cakap "Ini perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat" ....kemudian dia cakap , "Rakyat begitu mengharapkan pemimpin yang mampu memberikan sesuatu kepada mereka dalam masa yang singkat." ...

    ...nampaknya "cybertroopers" bayaran BN/PR ni tak berkaliber juga macam boss mereka ....

    ReplyDelete
  69. penembirang basar ba si Yong tu! cakap ....."Hahaha ketawa aku baca ni artikel...mimang ketara betul Mr Yteli ni gila kuasa...ada jg tu pemimpin SAPP di Sandakan, tapi mau jg dia yg bertanding...pemimpin2 berkaliber di dalam SAPP habis semua kana buang, tinggal lagi Mr. Yes Boss!

    Buat apa mau debat perkara yg obsolete? kalau ada penyelesaian dari debat tu tidak apa la, ini kalau sekadar berdebat dgn tujuan untuk menimbak2 urang, apa faedah rakyat dapat?? "

    ...Yong bertanding di Batu SApi atas permintaan orang disana ....tak percaya, tengoklah nanti keputusan pada Nov 4..

    ...hak orang Sabah sudah dikikis oleh orang semenanjung ...penghianat Sabah ni masih cakap "perkara obsolete" ...perjanjian 20 ni tidak pernah diubah atau diberhentikan , cuma dicabuli dan tidak dihormati oleh kerajaan UMNO/BN yang berbuat sewenang-wenang ....

    ...janganlah Musa yang tak berpelajaran tinggi tu, saya gerenti tidak ada pemimpin dalam UMNO/BN yang berani berdebat "perkara obsolete" ni , kerana mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka mencabuli perjanjian ini ....

    ...undi Yong/SAPP untuk mengembalikan hak orang Sabah yang tercantum dalam perjanjian 20 perkara ini ....

    ReplyDelete
  70. Samsiah cakap..."YONG macam berjuang untuk Kuasa ini. Sepatutnya kalau mahu menang Batu Sapi berperanglah dengan Datin Linda Tsen dan bukan KM. Yang bertanding sekarang ialah Datin Linda dan bukan KM. Jadi kenapa mahu berdebat dengan KM kalau tidak ada kena mengena dengan PRK Batu Sapi ini. Kita boleh nampak disinikan macammana YTL. Gila kuasa bah itu kalau macam itu. YTL janganlah hampakan peyokong mu ini bah. sia-sia kami sokong tapi kalau ko macam gila kuasa pula ini. berdebatlah bah dulu dengan cDatin Linda barulah nanti-nanti dengan KM."

    ...semua orang tahu Datin Linda ni cuma digunakan oleh UMNO/BN untuk meraih undi simpati ...mungkin juga dijadikan kambing untuk disembelih ....manalah dia mengerti apa itu 20 perkara ...lagi pula dia belum pernah memegang sebarang jawatan kerajaan ....Yong tidak meminta dia berdebat supaya tidak menghabiskan masa kedua pihak ....

    ...lain pula ceritanya dengan Musa ....sebagai CM Sabah, memang tanggungjawab CM untuk menerangkan semua perkara yang diamanahkan orang Sabah kepadanya ....kenapa dia tidak berani berdebat ?...kalau tidak bersalah, kenapa takut ? ...

    ...jangan ragu2 lagi, tumbangkan UMNO/BN di Batu Sapi ....

    ReplyDelete
  71. YTL memang hebat, seorang pelakun yang baik. Dia boleh pikat hati orang melayu dengan pendekatanya.Dia keluar masuk kampung. Orang kenduri pun dia datang. Bagus!. Dia memang bagus. Seperti seorang pelakun dia boleh menjiwai setiap watak yang dilakunkannya. Tetapi realitinya, itulah caranya untuk mendapatkan sokongan bagi mencapai matlamatnya. DIA BAGI SEKAMPIT BERAS KEPADA ORANG KAMPUNG UNTUK MENDAPAT SEBIDANG TANAH SAWAH. FAHAM FAHAMLAH. SABAH UNTUK SABAHAN, SIAPA YTL SENENARNYA....

    ReplyDelete
  72. antara hak rakyat lain yang diambil oleh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, Tanah2 Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd. wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings, Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd, kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan, merobohkan rumah2 kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran...

    kalau mahu lebih banyak masalah, pilihlah YTL..

    ReplyDelete
  73. Come on la,YTL is a trash. He don't even fight for us. I prefer the older leaders.

    ReplyDelete
  74. Siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.

    ReplyDelete
  75. DO YOU Greenness
    Voici la première ligne de underwear bio pelt hommes et femmes en bois ! La ligne, ultra seductive et douce comme de la soie est en stuff de pin ! Un tissu au confort du cachemire, quality écolo que le coton (dont la civilisation nécessite beaucoup d'eau) et qui possède des propriétés étonnantes : anti-stress, anti-transpiration et anti-odeurs ! On est cut de la teddy de nuit de nos grand-mères en laine non traitée.
    Le bio n'est plus l'apanage des moustachu(e)s de l'Aubrac et nous, on va aimer s'habiller écolo …

    ReplyDelete

Search This Blog