Sunday, October 31, 2010

Tuntutan pembangkang kuasa autonomi bukan lapok atau basi

POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai polimek politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut dicarta dunia malah di PBB hingga ke hari ini.

KERANA Sabah dan Sarawaklah Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin pemimpin DUNIA salah satu Negara yang pesat membangun di rantau ASIA, termasuklah kewibawaan pemimpin pemimpin Negara ini mampu bersaing malah berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di DUNIA yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.

BAGAIMANA PUN dari aspek politik wilayajnya khususnya Sabah dan Sarawak, pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu isu tertunggak yang belum diselesaikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam isu 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri dari Allahyarham Tun Fuad Stephen (sebelum Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.

Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC (inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas 'tsunami politik' tahun 2008 selepas PRU12 pemimpin Kuala Lumpur dalam keadaan terhimpit dan terdesak mahu tidak mahu walaupun sudah terlambat akhirnya mereka terpaksa tunduk kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan Persekutuan telah melantik dua Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai Jabatan Persekutuan diSabah.

Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki baki isu ketidak puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, Sabah for Sabahan dan keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan Gas daripada 5 peratus kepada sekurang kurangnya 20 peratus.

Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekitar tahun 1990an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.

Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang rata ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh pemimpin pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara. More

3 comments:

  1. BATU SAPI = RAKYAT KU YANG DIKASIHI.., BIARLAH REJIM BARISAN NASIONAL - PBS, UMNO, UPKO, PBRS, LDP DAN ANGGOTA-ANGGOTANYA SERAH WANG UNTUK ANDA PADA MALAM SEBELUM MENGUNDI UNTUK BELI UNDI ANDA PADA BESOK HARI.., MEREKA KASI.., AMBIL SAJA DENGAN ILTIZAM DAN TEGUH HATI UNTUK UNDI SAPP DAN MENANGKAN SAPP.

    HAKIKATNYA.., ANDA TIDAK AKAN DAPAT BANTUAN DARIPADA REJIM BARISAN NASIONAL KALAU TIADA HARI MENGUNDI.

    AMBIL PELUANG INI DENGAN SYARAT UNDILAH SAPP PADA HARI MENGUNDI DEMI UNTUK MASA HADAPAN NEGERI SABAH SUPAYA ANAK DAN CUCU KITA TIDAK MEREMPAT DAN MISKIN HARTA DI NEGERI SENDIRI.

    BUDAYA REJIM BARISAN NASIONAL MEMANG DIAKUI SEJARAH BAHAWA WANG NEGARA BUKAN UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SECARA KESELURUHANYA TETAPI DIGUNA UNTUK BELI UNDI RAKYAT.

    SEDARLAH WAHAI RAKYAT BATU SAPI..., ANDA DIBERI RM1,000.00 SEKALIPUN.., JUMLAH ITU TIDAK AKAN BERMAKNA..., HAKIKAT YANG BERLAKU IALAH ANDA AKAN MENDERITA UNTUK SELAMA-LAMANYA SAMBIL TERTUNGGU-TUNGGU TARIKH BILA LAGI PILIHANRAYA.

    KESIMPULANNYA, REJIM BARISAN NASIONAL BERI WANG.., TETAPI UNDI KITA ADALAH UNTUK SAPP.

    BIAR HIDUP SUSAH ASALKAN HARTA TANAH YANG KITA USAHAKAN TIDAK DI RAMPAS OLEH KOMANDO BARISAN NASIONAL.,

    UNDI SAPP ADALAH UNTUK KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT SABAH.

    ReplyDelete
  2. sorakan gemuruh detik 12, 31 ogos 1957 pasti memberi kenangan manis dimana rakyat keseluruhannya boleh berdiri mega.Dengan berbekalkan hati yg telus semangat yg kental minda yg proactif rakyat sabah mampu menjadi perintis dalam pembentukan sejarah.UNDI ONO SAPP

    ReplyDelete
  3. Sabah pogun tokou, undio no SAPP. OM momolinta tokou sondie...

    ReplyDelete

Search This Blog