Showing posts with label autonomy. Show all posts
Showing posts with label autonomy. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Tuntutan pembangkang kuasa autonomi bukan lapok atau basi

POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai polimek politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut dicarta dunia malah di PBB hingga ke hari ini.

KERANA Sabah dan Sarawaklah Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin pemimpin DUNIA salah satu Negara yang pesat membangun di rantau ASIA, termasuklah kewibawaan pemimpin pemimpin Negara ini mampu bersaing malah berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di DUNIA yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.

BAGAIMANA PUN dari aspek politik wilayajnya khususnya Sabah dan Sarawak, pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu isu tertunggak yang belum diselesaikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam isu 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri dari Allahyarham Tun Fuad Stephen (sebelum Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.

Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC (inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas 'tsunami politik' tahun 2008 selepas PRU12 pemimpin Kuala Lumpur dalam keadaan terhimpit dan terdesak mahu tidak mahu walaupun sudah terlambat akhirnya mereka terpaksa tunduk kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan Persekutuan telah melantik dua Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai Jabatan Persekutuan diSabah.

Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki baki isu ketidak puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, Sabah for Sabahan dan keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan Gas daripada 5 peratus kepada sekurang kurangnya 20 peratus.

Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekitar tahun 1990an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.

Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang rata ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh pemimpin pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam 20 Perkara. More

Saturday, October 30, 2010

I have been fighting for autonomy all along - Yong

SANDAKAN, Oct 30, 2010: Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee said he has been fighting for Sabah autonomy for a long time.

In fact, the Sabah Progressive Party President revealed that several of his successes in protecting the right and autonomy of the state were achieved when he was in the Cabinet between 1994 and 1998.

Yong was the Local Government and Housing Minister between 1994 and 1996 and the Chief Minister between May 1996 and 1998.

"I had rejected the extension of the Local Government Act to Sabah in 1995 and maintenained the Local Government Ordinance under Sabah. I also rejected the extension of the Indah Water Consortium to take over the sewerage services in Sabah in 1996 and two years later, I rejected the extent ions if the Employment Act, insisting on the Sabah Labour Ordinance, with upgrading of the employment laws.

"In 1997, I rejected the federal approval of gaming licence, regained state power to export round logs that was stopped by the Malaysian Timber Industry Board in the Parti Bersatu Sabah era and regained state power to jointly handle the foreign worker issues," Yong said, naming a few... more

Search This Blog