Friday, October 29, 2010

SAPP HADIR TEBUS MARUAH RAKYAT SABAH

PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU dalam pembangkang khususnya SAPP menggariskan TIGA perkara antara sebab rakyat Batu Sapi perlu dimenangkan untuk mewakili mereka di Parlimen Batu Sapi ialah:

Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai ‘Sabah for Sabahan’; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung.

Yunus Haji Jifli Kg Bokara berkata demikian ketika berucap semasa perjumpaan dalam satu ceramah untuk membantu calon SAPP Datuk Yong Teck Lee baru baru ini yang turut mendefinisikan SAPP sebagai SAYA AKAN PERTAHANKAN PARTI TEMPATAN (SAPP).

Jelas Yunus lagi, kejadian yang menimpa lebih 10 keluarga dalam satu kebakaran sekitar tahun 2001 masih segar dalam ingatan penduduk penduduk di sini (Kg Air) bahawa pemimpin BN langsung tidak menitik beratkan masalah kebajikan rakyat dan hari ini bila berlaku prk barulah kelihatan pegawai pegawai kebajikan yang diarah pemimpin BN ke sana ke sini mencari rakyat di sini yang memerlukan bantuan.

"Walaupun pegawai pegawai ini sibuk buat itu dan ini tapi rakyat sudah terluka sejak tahun 2001, dan kalaulah mereka serius dan ikhlas dalam tujuan mereka kenapa tunggu prk ini baru jumpa dan tanya rakyat? Kenapa tidak sejak dulu lagi kalaulah mereka benar benar ikhlas," tegas Yunus.

Malahan Yunus mengajak rakyat dan pengundi Parlimen Batu Sapi agar lebih bijak bertindak memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam prk ini sekaligus membuktikan kepada para pemimpin UMNO-BN bahawa rakyat berketurunan MELAYU Sabah bukan boleh diperbodoh bodohkan sama seperti mereka lakukan penganiayaan terhadap parti USNO lebih 20 tahun terdahulu, yang sanggup dibubar semata mata memberi laluan kepada UMNO bertapak diSabah.

"Kita percaya dengan penuh keyakinan bahawa selagi BN-PBS meletakkan calon untuk Parlimen Batu Sapi dari warisan keluarga yang sama sudah pasti harapan perubahan berlaku terus menjadi angan-angan sahaja dan tiada yang bakal dibanggakan di Batu Sapi kerana kita tahu PBS-BN meletakkan calon Linda Tsen sebagai mengharap mendapat simpati kematian suaminya mendiang Edmund Chong Ket Wah tetapi dalam politik tiada istilah simpati yang boleh rakyat berikan kerana dulu pun Batu Sapi mundur juga," tegas beliau dengan disambut tepuk sorak hadirin.

PAIRIN, MUSA DAN UMNO sudah terdesak dalam kebuntuan akal memilih calon terbaik untuk mewakili BN dalam prk Batu Sapi sebaliknya bertindak kurang hormat kepada keluarga mendiang Datuk Edmund Chong yang masih dalam keadaan bersedih dan berkabung sebaliknya mereka (BN) memaksa pula balunya Linda Tsen merempat meminta sedekah politik demi survival BN di Parlimen Batu Sapi.

Apakah BN merasakan Parlimen Batu Sapi yang majoriti pengundi Melayu lebih 15 ribu (60%) tiada satu pun layak sebagai pemimpin Melayu mewakili Batu Sapi? Inilah persoalan rakyat Batu Sapi yang menuduh UMNO sebagai dalang disebalik menidakkan kemunculan pemimpin Melayu yang berwibawa mewakili Parlimen Batu Sapi.

8 comments:

  1. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman kelmarin mengingatkan rakyat di negeri ini khususnya pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi supaya tidak terpengaruh dengan slogan ‘Sabah untuk penduduk Sabah” yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Parti Maju Sabah (SAPP).

    BATU SAPI = TEPAT PADA MASANYA SLOGAN 'SABAH UNTUK PENDUDUK SABAH' DILAUNGKAN DAN DIHIDUPKAN SEMULA SERTA DIPERJUANGKAN KEMBALI ATAS SEBAB PERLEMBAGAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA YANG DIBUAT PADA 16 SEPTEMBER, 1963 KHUSUSNYA PERKARA 20 UNTUK NEGERI SABAH TELAH DICABULI OLEH BARISAN NASIONAL DENGAN SOKONGAN PADU OLEH PARTI TEMPATAN SABAH IAITU PBS, UPKO, PBRS DAN LDP.

    AYUH BANGUN DAN BUAT REFORMASI KE ARAH MENGEMBALIKAN AUTONOMI BUMIPUTRA SABAH SEBAGAIMANA MAKSUD DAN KELURUHAN PERJANJIAN PADA 16 SEPTEMBER, 1963 YANG KINI SEDANG DIBINASAKAN OLEH BARISAN NASIONAL DENGAN SESUKA HATI.

    BATU SAPI = YONG TECK LEE TIDAK MEMBANGKITKAN ISU TERSEBUT SEWAKTU BELIAU MENJADI KETUA MENTERI ATAS SEBAB PADA KETIKA ITU AUTONOMI BUMIPUTRA SABAH TIDAK TERJEJAS SEPERTI YANG SEDANG BERLAKU PADA KETIKA INI.

    BATU SAPI = SUDAH DUA PENGGAL BARISAN NASIONAL DIBERI PELUANG UNTUK MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN DAN MENGOTAKAN SEGALA JANJI-JANJI DALAM PILIHANRAYA YANG SUDAH LEPAS.

    HAKIKAT YANG BERLAKU IALAH HANYA 20%-30% SAHAJA YANG DAPAT DITUNAIKAN. MASALAH UTAMA YANG MELIBATKAN KEMUDAHAN ASAS INFRASTRUKTUR SEPERTI JAMBATAN, AIR, ELEKTRIK DAN JALAN RAYA KAMPUNG TIDAK DIURUS DAN JANJI DIABAIKAN BEGITU SAHAJA.

    Beliau turut meminta pengundi di Parlimen Batu Sapi memberi peluang kepada calon BN Datin Linda Tsen untuk menjadi Ahli Palimen kawasan itu pada pilihan raya kecil untuk membolehkannya melaksanakan segala janji dan meneruskan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah untuk membangunkan kawasan Batu Sapi.

    BATU SAPI = BERI PELUANG KEPADA DATIN LINDA TSEN SEKALIGUS MEMBAWA KEPADA KESINAMBUNGAN PERJUANGAN TIDAK SEIMBANG YANG TELAH DIBUAT OLEH MENDIANG DATUK EDMUND CHONG.

    JUSTERU, ADALAH LEBIH BAIK BUAT REFORMASI UNTUK SOKONG SAPP DARIPADA SOKONG BARISAN NASIONAL DAN PBS KERANA SOKONG BARISAN NASIONAL BERERTI MENUNGGU BULAN JATUH KERIBA. TIDAK PERLU DIBAHASKAN DENGAN PANJANG LEBAR KERANA TEMPOH DUA PENGGAL SUDAH CUKUP UNTUK MEMBUKTIKAN SEGALANYA DENGAN JELAS DAN NYATA.

    MANAKALA, SOKONG SAPP MEMBAWA MAKNA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA KERANA TELAH TIBA MASANYA PEMBANGUNAN DAN HAK PRIBUMI SABAH PERLU JALAN SEIRINGAN.

    TIADA GUNA JIKA ADA PEMBANGUNAN TETAPI HAK PRIBUMI SABAH TERHAKIS DAN DIABAIKAN OLEH KERAJAAN BARISAN NASIONAL DAN PBS.

    Mengenai Pakatan Rakyat terutamanya PKR, Musa berkata, rakyat dapat menilai sikap mereka yang sebenar, hanya dengan pemilihan calon dan pemilihan parti itu mereka sudah tidak sehaluan sesama ahli parti itu.

    BATU SAPI = TAHNIAH MUSA AMAN. TUAN AMAT BIJAK KERANA BERKATA SEPERTI 'KETUK DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG SENDIRI PUN LEBIH'.

    APA SUDAH CERITA PERBALAHAN DIANTARA TUAN SELAKU PENGERUSI UMNO SABAH DENGAN LDP...?

    APA SUDAH KESUDAHAN DIANTARA TUAN DENGAN SHAFIE APDAL...?



    BATU SAPI = AYUH RAKYAT BATU SAPI... BANGUN, BANGKIT DAN TEPUK DADA... BUKA MATA DAN LIHAT SEKELILING... DAN, JANGAN LUPA FIKIR DAN KAJI SEJENAK APAKAH JANJI-JANJI OLEH BARISAN NASIONAL DAN PBS BERMULA DARI TAHUN 2004 DAN 2008 HINGGA 2010 TELAH DITUNAIKAN SEBANYAK 51%..?

    MAKA ITU, UNDILAH SAPP DEMI UNTUK ANAK CUCU DAN CICIT KITA KEARAH MEMANTAPKAN PERJUANGAN PRU13 UNTUK KEMBALIKAN HAK PRIBUMI SABAH DAN TEGAKKAN PERLEMBAGAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA YANG TELAH DIBUAT PADA 16 SEPTEMBER, 1963 KHUSUSNYA PERKARA 20 YANG KINI KIAN DIJAHANAMKAN OLEH BARISAN NASIONAL DAN PBS.

    KITA PERLU REFORMASI KE ARAH MAHUKAN PEMBANGUNAN DAN PERKARA 20 BERJALAN SEIRINGAN.

    TIADA GUNA ADA PEMBANGUNAN JIKA KITA KEHILANGAN PERKARA 20.

    UNDILAH SAPP.

    ReplyDelete
  2. parti barisan nasional tidak menunaikan janji mereka terutama sekali ketua menteri sabah musa aman yang pernah satu ketika dahulu ingin menangani isu PTI di sabah kepada zero PTI. namun omongan kosong sahaja seperti "angin melalui rumput lalang di tanah yang subur".bermakna musa aman hanya bercakap kosong sahaja kepada rakyat sabah selama ini(2010) dan meninggalkan isu itu setelah tiada pihak yang mengungkitkan hal itu. maka PTI si sabah semakin banyak terutama mereka yang menyembunYikan diri di kampung2.seharusnya "biar ribut yang melalui rumput lalang itu agar rumput lalang hilang sepenuhnya dan tanah yang subur itu dapat di usaha dan mengeluarkan hasil yang tidak dijangka".bermakna biar negeri sabah diterajui oleh pemimpin baru(SAPP) agar negeri sabah dapat dibangunkan secara sepenuhnya.INI IALAH SALAH SATU ISU KECIL YANG SUDAH LAMA MANJADI RACUN(PTI) DALAM SABAH YANG BELUM LAGI SELESAI2.....ATAS BERKAT KEPIMPINAN kM SEKARANG!! banyak lagi yang saya tidak puas hati terhadap kepimpinan di sabah oleh parti pemerintah sekarang.....apa salahnya kalau sabah untuk sabahan dan authority to sabah. kan memang sabah untuk orang sabah takkan nak orang negeri lain yang bolot semua kepunyaan sabah. dan authority to sabah memang patut orang sabah yang majoriti yang menerajui sabah kan??? hayatilah kenapa slogan ini ditegaskan oleh parti sabah(SAPP).

    ReplyDelete
  3. Apa jgak BN menang punya. P185 kita tau kta punya kerajaan ada banyak tolong bantuan ingat jasa kerajaan la..kalu mau banyak bqangunan undi BN DATIN lINDA...itu Yong Teck Lee apa itu janji kosongt tiada duit o....faham kah..tidak undi BN u salah dosa .

    ReplyDelete
  4. RakyatSabah ,kita sokong BN,Tapi please...kita sokong SAPP di Parlimen...kita kena jaga juga maruah jgn mcm kena cucuk hidung saja..

    ReplyDelete
  5. apa guna bangunan mewah kalau semuanya bukan kepunyaan rakyat tetapi kroni BN yang kemungkinan besar dari semenanjung ? ...orang Sabah bukan perlukan bangunan mewah pada masa ni ...orang Sabah perlukan peluang mencari makan ...BN pula terus menaikkan harga barang, hari ini minyak sudah dinaikkan 5 sen lagi ..

    ...PR Sabah pula tidak ikhlas nak menggalahkan calon BN ....

    ...lebih baik undi SAPP ...pejuang hak orang Sabah ...

    ReplyDelete
  6. kawan2 ikan sadin kingcup pun sudah naik RM5.60 . satu tahun dulu hanya RM3.20. BN barang naik semua naik...itu2 pun naik.. banyak yb BN pun naik tambah bini curi2 kahwin. yg kesian orang2 kita di kampung. apa susah tukar kerajaan, jangan lah rakyat bergaduh..kita orang sabah. sabah memang for sabahan bukan for west malaysian. undi saja tu SAPP mana tau barang turun .....

    ReplyDelete
  7. apa mahu undi mana2 parti..kalau brani kita cubalah bsatu padu antara kita sendri...biar kita sendiri yang menentukan masa dpan kita sendri...kalau bukan sokongan kita rakyat..mana kerajaan boleh maju...x guna juga pkir banyak2...stiap yang rakyat minta belum tentu kerajaan dapt tunaikan...jadi..janganlah undi mana2 parti...kita tengok kerajaan boleh maju x tanpa rakyat...jangan tpedaya dgn janji2 yang belum tentu di laksanakan...bagi saya...jangan di pentingkan pembangunan..pembngunan apa guna kalau rakyat masih di bawah kemiskinan...barang naik tidak apa..yang penting gaji naik dan kita mampu menangani masalah ini...

    ReplyDelete
  8. Kita pernah melalui satu era pemerintahan yg gemilang satu ketika dahulu ketika pemerintahan PBS. Tetapi perkara 20 yg kita perjuangkan tidak satu pun yg dipedulikan oleh Kerajaan Pusat. hari ini kita sudah belajar dari sejarah polotik Sabah. Jadi saranan saya:-

    1. Kalau kita ingin membangkang kita kena keluar terus dari Malaysia. Spt yg dilakukan oleh Sinngapore pada tahun 1965. Sb kalau pembangkang memerintah diSabah pun pemimpin pembangkang sabah tentu sukar untuk mendapat apa apa bantuan sb semuanya masih dibawah kuasa Kerajaan pusat. Jadi apa yang kita dapat?? Rakyat Sabah hanya menanggung beban kerana pemimpin kerajaan pusat benci dengan pemimpin sabah. Cuba kita fikir, kalau kita mencabar dan kita menang dan mereka kalah? besok Sabah minta ini / itu semua juga dirujuk dengan kerajaan pusat. Jadi kita fikir adakah kerajaan pusat senang2 meluluskan permintaan kita.TIDAK my all dear friends. That is why.. Kalau menang keluar Malaysia tetapi harus kena ingat kita kena rujuk sejarah. Ketika Singapore keluar dari Malaysia pada 1965 dulu berlaku banyak rusuhan kaum. Ramai orang yg terkorban! Adakah kita mahu perkara ini berlaku?? Bagi sy tidak.

    2. Kalau tidak mahu keluar Sabah. Ingin mempertahankan autonomi sabah spt yg terkandung dalam persefahaman membentuk Malaysia pada 1963.
    Kita kena sokong parti yang benar2 memperjuangkan hak rakyat Sabah spt parti SAPP misalnya. Beri peluang kepada Beliau (Datuk Young) duduk dikerusi PARLIMEN untuk memperjuangkan 20perkara tersebut tetapi kita tetap menyokong BN untuk menerajui kepimpinan.

    3. Pemimpin PBS yang berada dalam parlimen BN sekarang. Jangan lupa tanggungjawab anad kepada rakyat dan janji PBS ketika memulakan berjuangan satu ketika dahulu. Parti Bersatu Sabah = Semua rakyat Sabah bersatu untuk memperjuangkan hak Sabah iaitu perkara 20. Inilah masanya, mereka harus bersuara / berbincang soal hak2 sabah. Jangan berdiam diri. Anda berada disana sekarang atas tiket kepercayaan rakyat Sabah untuk mempertahankan hak rakyat Sabah.

    Biar la kita fikirkan bersama..sy bukan lah pro kepada mana2 Pati BN/SAPP/KEALILAN but I'm pro to State of SABAH.

    ReplyDelete

Search This Blog