MASALAH berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia bagi calon BN-PBS Datin Linda Tsen amat mendukacitakan rakyat kawasan Parlimen Batu Sapi kerana jika ditakdirkan Linda memenangi pilihanraya kecil ini pun tidak akan memberi makna langsung kerana Linda tidak dapat menyampaikan mesej dalam Bahasa ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung dimana Bahasa merupakan sesuatu kemestian untuk menyampaikan hujah hujah beliau.
Usaha untuk memenangkan Linda adalah suatu perkara yang sia-sia kerana beliau tidak dapat menguasai Bahasa dengan tepat dan ini menjadi kerumitan baginya untuk menyampaikan mesej berhubung masalah rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Adalah lebih baik Linda dihantar berkursus untuk memantapkan Bahasanya sebelum menjadi calon sebagai wakil tetapi mengapa Pairin dan Musa tidak terfikir masalah ini terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Ini bukan perkara remeh temeh tetapi ia melibatkan kepentingan RAKYAT.
Datin Linda Tsen merupakan anak watan negeri Sabah dan memulakan alam persekolahannya diSandakan, namun seusia lebih setengah abad itu agak mustahil Linda tidak dapat menguasai Bahasa dengan betul jika Linda seorang warganegara yang cintakan kedaulatan Bahasa Negara asalnya Malaysia.
RAKYAT perlu mengambilkira kepentingan Linda menjadi wakil rakyat sama ada boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik dari suaminya suatu ketika dulu atau sekadar BN-PBS memperalatkan Linda sebagai sandaran untuk menang selesa di prk Batu Sapi berdasarkan simpati rakyat.
Sebaliknya, rakyat dalam konteks meraih daya kempimpinan yang dinamik di alaf baru tiada istilah mencuba cuba, atau soal simpati tetapi ia lebih menjurus kepada soal prestasi dan kewibawaan seseorang pemimpin yang mewakili Parlimen Batu Sapi, tidak kira dia dari golongan mana.
Pendeknya, Parlimen Batu Sapi bukanlah tempat bagi pemimpin yang baru belajar membaca, menulis atau bagi mereka yang baru memantapkan Bahasa. Oleh: PENGUNDI BATU SAPI
Ansari di Batu Sapi: Bukan Ansar, Muhajir!
ReplyDeletehttp://arimisideks.blogspot.com/2010/10/ansari-di-batu-sapi-bukan-ansar-dia.html