PRINSIP perjuangan BN dalam kempennya di PRK Batu Sapi dilihat lebih terfokus kepada pembelaan kemiskinan RAKYAT dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan awam terutamanya rumah ibadah dengan kos berjuta juta ringgit tetapi apakah ia benar benar akan direalisasikan selepas prk ini atau sekadar diatas kertas sepertimana pernah berlaku di masa lampau.
Selain itu, tidak kurang juga usaha lain serentak dilaksanakan seperti program kemasyarakatan untuk menaiktaraf hidup rakyat dengan menghantar beberapa Pegawainya masuk kampung keluar kampung menemui rakyat dengan memberitahu bahawa mereka (rakyat) akan dibantu itu dan ini termasuk bantuan zing yang diagih agihkan difahamkan seorang keluarga mendapat agihan 10 keping zing.
Sementara dari aspek memesatkan PEMBANGUNAN tampak jelas pemimpin pemimpin berkuasa eksekutif BN tidak melepaskan peluang mengumumkan projek projek MEGA seperti pembinaan Masjid di Batu Sapi berharga RM 6 juta dan menaiktaraf jalanraya Sibuga RM15 juta.
Implikasi pengumuman itu yang sedap didengar pengundi sudah tentulah akan mendorong pengundi Batu Sapi akan mengundi calon BN Datin Linda Tsen pada November 4. jika pengundi masih percaya dan yakin bahawa pengumuman itu dilakukan secara TELUS dan bukan sekadar STRATEGI meraih undi semata mata.
Namun persoalan lain, bagaimana pula jeti jeti dan jambatan di Kg Air Bokara yang sudah mengalami kerosakan teruk dengan serba kedaifan sejak lebih 10 tahun lalu? Difahamkan masyarakat Bokara yang terdiri daripada kesukuan Suluk, Bajau, dan Sungai ada yang sudah hilang kesabaran kerana tindak tanduk pemimpin BN tidak selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan pesat di situ tetapi sekadar ditabur dengan janji janji KOSONG..
SELAIN mengalami pelbagai kedaifan, masalah lain seperti rumah rumah terbakar lebih 10 keluarga sekitar tahun 2001 masih belum diuruskan oleh kerajaan BN termasuk status geran tanah yang sering ditagih rakyat di situ tetapi sehingga kini masih berstatus TOL.
IRONINYA, kerajaan BN yang telah bertapak di Sabah sejak tahun 1994 iaitu kira kira 16 tahun lalu mengapa masih ada pembangunan yang terpenting di kawasan Parlimen Batu Sapi tertinggal dari senarai keutamaan jika BN benar benar ikhlas dan prihatin keatas pembangunan di Batu Sapi.
Di sepanjang jalan pintas antara Bandar atu 8 menuju ke pesisir pantai Batu Sapi akan terpampang kejelikan mata memandang yang tiada apa apa kemajuan dibangunkan bermula dari Taman Poh Hing, Kg Karamunting, Taman riadah Pasir Putih termasuk sebuah Restoran terkemuka Ocean King dimana susunatur lanskap dan jalanraya masih diparas tidak memuaskan.
Rakyat dan pengundi Batu Sapi berhak mempersoalkan keikhlasan kerajaan BN bahawa selama 16 tahun BN berkuasa di Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi tidak ada satu pun Industri besar dibina di sini selain lambakan ‘trawler’ berlabuh di tepi tepi pantai yang tidak diketahui asal usulnya.
WAJARKAH rakyat Batu Sapi memberi muka BN di Batu Sapi dalam PRK kali ini yang rakyat dan pengundinya yang sudah TERLUKA sekian lama memendam perasaan? Terpulanglah kepada mereka untuk menentukannya kerana apa pun keputusan dicapai adalah HAK PENGUNDI untuk menentukannya.
JANGAN MENGGADAIKAN MARUAH DIRI ANDA KERANA RASUAH. UNDI ANDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN GENERASI MUDA YANG BAKAL MENJULANG MARUAH BANGSA DAN NEGARA!!
Oleh: TEROPONG BATU SAPI

