PEMBOHONGAN dan janji kosong BN pada kebiasaannya terus menjadi jadi pada saat saat kempen sesuatu pilihanraya akan berakhir. Mereka buat janji apa saja dan kalau boleh termasuklah menjanjikan 'bulan dan bintang' asalkan RAKYAT terpedaya dengan tipu helah mereka.
Selain memberikan tangki, zing, mesin jahit, peralatan dapur dan wang ringgit sebagai 'angpow' pemimpin mereka juga terus lantang mengumumkan projek bermacam macam yang dkategorikan sebagai kelulusan 'atas kertas' dimana selepas itu ditinggalkan begitu sahaja.
Dakwaan seperti ini telah terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib (ketika itu Menteri Pertahanan) mengumumkan projek pembinaan sebuah Hospital diNabawan Pensiangan pada tahun 1994 ketika beliau berkempen pada PRU 1994.
Selepas sahaja BN tewas kerana gagal menumbangkan kerajaan PBS secara demokrasi, Hospital yang dijanjikan tinggal 'sign board' sehingga sekarang. Bagaimana pun setelah didesak rakyat Pensiangan kerajaan BN dapat juga membina satu Klinik Malaysia diNabawan yang jauh lebih lengkap seperti yang dicadangkan.
Kelibat buruk BN itu sudah pasti akan terus menular di Parlimen Batu Sapi sama ada mereka menang atau sebaliknya. Peruntukkan RM15 juta untuk menaiktaraf jalanraya Sibuga dan pembinaan Masjid Batu Sapi berharga RM5 juta mungkin akan menjadi angan angan untuk selama lamanya.
RAKYAT khususnya pengundi Batu Sapi, harus pandai menilai berapa sakitnya HATI rakyat disitu yang tidak dipedulikan selama ini lalu menterjemahkan kesakitan hati mereka kepada pemberian undi untuk calon SAPP. Jangan sekali kali memberi muka kepada pemimpin yang suka bermuka muka ketika mereka memerlukan sokongan RAKYAT/PENGUNDI seperti BN.
UNDI BN=TAK NAK!!
UNDI SAPP= YES!!!
Gambar - Ini sign board Hospital Nabawan yang dijanjikan Najib tahun 1994