PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU dalam pembangkang khususnya SAPP menggariskan TIGA perkara antara sebab rakyat Batu Sapi perlu dimenangkan untuk mewakili mereka di Parlimen Batu Sapi ialah:
Pertama, mempertahankan maruah politik rakyat tempatan daripada terus dikuasai oleh parti luar; kedua- mengembalikan kuasa autonomi rakyat Sabah sebagai ‘Sabah for Sabahan’; ketiga- membuka minda kerajaan UMNO-BN bahawa pengundi Melayu Parlimen Batu Sapi bukan ibarat seperti kerbau dicucuk hidung.
Yunus Haji Jifli Kg Bokara berkata demikian ketika berucap semasa perjumpaan dalam satu ceramah untuk membantu calon SAPP Datuk Yong Teck Lee baru baru ini yang turut mendefinisikan SAPP sebagai SAYA AKAN PERTAHANKAN PARTI TEMPATAN (SAPP).
Jelas Yunus lagi, kejadian yang menimpa lebih 10 keluarga dalam satu kebakaran sekitar tahun 2001 masih segar dalam ingatan penduduk penduduk di sini (Kg Air) bahawa pemimpin BN langsung tidak menitik beratkan masalah kebajikan rakyat dan hari ini bila berlaku prk barulah kelihatan pegawai pegawai kebajikan yang diarah pemimpin BN ke sana ke sini mencari rakyat di sini yang memerlukan bantuan.
"Walaupun pegawai pegawai ini sibuk buat itu dan ini tapi rakyat sudah terluka sejak tahun 2001, dan kalaulah mereka serius dan ikhlas dalam tujuan mereka kenapa tunggu prk ini baru jumpa dan tanya rakyat? Kenapa tidak sejak dulu lagi kalaulah mereka benar benar ikhlas," tegas Yunus.
Malahan Yunus mengajak rakyat dan pengundi Parlimen Batu Sapi agar lebih bijak bertindak memberi pengajaran kepada kerajaan BN dalam prk ini sekaligus membuktikan kepada para pemimpin UMNO-BN bahawa rakyat berketurunan MELAYU Sabah bukan boleh diperbodoh bodohkan sama seperti mereka lakukan penganiayaan terhadap parti USNO lebih 20 tahun terdahulu, yang sanggup dibubar semata mata memberi laluan kepada UMNO bertapak diSabah.
"Kita percaya dengan penuh keyakinan bahawa selagi BN-PBS meletakkan calon untuk Parlimen Batu Sapi dari warisan keluarga yang sama sudah pasti harapan perubahan berlaku terus menjadi angan-angan sahaja dan tiada yang bakal dibanggakan di Batu Sapi kerana kita tahu PBS-BN meletakkan calon Linda Tsen sebagai mengharap mendapat simpati kematian suaminya mendiang Edmund Chong Ket Wah tetapi dalam politik tiada istilah simpati yang boleh rakyat berikan kerana dulu pun Batu Sapi mundur juga," tegas beliau dengan disambut tepuk sorak hadirin.
PAIRIN, MUSA DAN UMNO sudah terdesak dalam kebuntuan akal memilih calon terbaik untuk mewakili BN dalam prk Batu Sapi sebaliknya bertindak kurang hormat kepada keluarga mendiang Datuk Edmund Chong yang masih dalam keadaan bersedih dan berkabung sebaliknya mereka (BN) memaksa pula balunya Linda Tsen merempat meminta sedekah politik demi survival BN di Parlimen Batu Sapi.
Apakah BN merasakan Parlimen Batu Sapi yang majoriti pengundi Melayu lebih 15 ribu (60%) tiada satu pun layak sebagai pemimpin Melayu mewakili Batu Sapi? Inilah persoalan rakyat Batu Sapi yang menuduh UMNO sebagai dalang disebalik menidakkan kemunculan pemimpin Melayu yang berwibawa mewakili Parlimen Batu Sapi.
