KEENGGANAN dan kedegilan para pemimpin DAP Sabah khususnya Dr Hiew Keng Chew dan Dr Edwin Bosi mengiktiraf SAPP sebagai sebuah parti tempatan Sabah mengakibatkan ada pengundi di PRK Parlimen Batu Sapi merasa muak lalu melabelkan kedua-dua pemimpin ini ibarat ‘pemimpin kera sumbang’ kerana membawa sandiwara lapUok yang membosankan, malah gagal memikat hati RAKYAT warga Sandakan.
Mustahil Hiew dan Bosi tidak faham faham bahawa semua urusan pendaftaran bagi sesebuah parti sewajarnya dibuat di Kuala Lumpur untuk kelulusan, namun fokus perjuangan tidak semestinya tidak boleh ditumpukan kepada hal ehwal politik wilayah Sabah. Sikap sedemikian yang ditunjukkan Hiew dan Bosi jelas menunjukkan seolah-olah mereka berada di zaman politik kebudak-budakan.
SAPP mempunyai hak mutlak untuk mengembangkan perjuangannya di Sabah tanpa sebarang ragu-ragu berdasarkan Perlembagaan SAPP yang telah diluluskan oleh Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS), sebaliknya bukan kuasa Hiew atau Bosi yang terloncat-loncat seperti ‘kera kena belacan’ mempertikaikan kedudukan SAPP dalam kancah politik di Malaysia...more
