Monday, December 6, 2010

SAPP keluar Bn bukan merajuk tapi tidak serasi dengan perjuangan BN membela rakyat

 Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden SAPPTENOM, Disember 5, 2010: Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Mojimbun menyifatkan tindakan parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September, 2008 amat bertepatan sekali kerana parti itu tidak lagi sanggup melihat karenah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa berlaku dalam kepimpinan kerajaan BN.

Tegasnya, malahan teguran yang dibuat oleh parti parti kecil dalam BN khususnya SAPP langsung tidak diambil peduli oleh mereka walaupun tujuan SAPP adalah ikhlas demi melihat kelangsungan pentadbiran dan kepimpinan BN menuju kearah landasan yang betul.

"Kita bukan merajuk tetapi tindakan kita mahu menyelamatkan rakyat dan negeri ini dari terus menuju kemunduran yang berterusan…kerana kita dalam 47 tahun bersama membentuk Malaysia hak asasi kita mengikut dalam Perlembagaan terus terbiar, maksudnya kita rakyat Sabah terus dibelenggu kemiskinan," kata beliau ketika berucap merasmikan majlis Induksi Ahli Ahli Baru SAPP kawasan Kemabong diHotel Perkasa dekat sini pada Ahad.

Mantan CDO Saul Salleh.Hadir bersama dimajlis itu, Timbalan Speaker DUN Sabah Datuk Frankie Chong Yu Chee, mantan Menteri Kewangan semasa kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor, Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah, Ahli Majlis Tertinggi Steven Gaimin dan Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman Rudy Sulaiman Mairi.

Eric seterusnya menegaskan bahawa selagi kepimpinan SAPP masih berada dalam BN selagi itu hak parti itu bersuara lantang untuk menyuarakan sesuatu perkara yang bertentangan dengan aspirasi rakyat khususnya diSabah tidak digalakkan malah dilabel sebagai menentang dasar perjuangan kerajaan BN.

Tegas beliau, SAPP tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap kelibat segelintir pemimpin bersifat kuku besi Kuala Lumpur berhubung penyelesaian masalah Pendatang Asing Tanpa izin (PATI), Kad pengenalan Palsu, penyelewengan dan korupsi yang berleluasa dimana sehingga kini masalah tersebut masih berkeadaan tergantung.

Peserta kursus induksi SAPP"Perjuangan SAPP semata mata untuk membela rakyat Sabah dalam usaha mahu memertabatkan bangsa dan maruah negeri selain meningkatkan taraf hidup rakyat dengan harapan lambat laun rakyat akan terkeluar daripada kepompong kemiskinan," tegas Eric.

Datuk Eric yang juga Ahli Parlimen Sepanggar seterusnya menegaskan, bahawa agak malang sekali dimana laporan media baru baru ini mengejutkan banyak pihak apabila Bank Dunia mengatakan Sabah merupakan negeri yang termiskin diMalaysia.

"Saya bertanya diri saya sendiri, siapa yang mengakibatkan masalah ini berlaku? Sejurus itu ia mengingkat saya…siapa lagi kalau bukan tindak tanduk pemimpin pemimpin UMNO di Semenanjong yang suka membazir dan menggunakan peruntukkan yang berlebihan untuk kroni kroni mereka tetapi tidak sampai kepada sasaran tepat. Siapa yang menjadi mangsa kita diSabah pembangunan tidak sampai…kalau sampai pun lambat," tegas beliau dengan nada kesal sambil merujuk beberapa kawasan dipedalaman merungut kerana jalanraya rosak terok tidak dinaik taraf malah rakyat mendakwa setiap hari bergelut dengan lumpur.

Terdahulu, wakil peserta Induksi Kemabong yang juga mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Kemabong Saul Salleh yang telah menyertai SAPP sebulan lalu berkata, beliau tidak sanggup lagi bersekongkol dengan perjuangan UMNO yang sering dicurigai rakyat keikhlasannya terhadap membangunkan kawasan disitu.

Katanya, cukuplah UMNO bertapak disitu selama empat penggal namun untuk meneruskannya sudah tidak ada kemungkinan lagi kerana mereka telah muak dengan kelibat buruk kepimpinan UMNO selama ini ibarat pepatah ada mengatakan "Bertuan dimata, ber Raja di mulut dan ber Sultan dihati".

Sebaliknya tegas Saul, rakyat jelata diperingkat akar umbi sudah faham dengan jelas bahawa mereka (rakyat) memerlukan perjuangan sebuah parti tempatan seperti SAPP dimana hanya parti tempatan sahaja yang mengerti masalah rakyat diSabah dan mampu menyelesaikan masalah mereka.

Oleh: Mail Mathew

38 comments:

  1. Getting more and more people join local party SAPP huh. Syabas and keep up the good job. In the coming GE13, all the Sabahans stay united and kick all the malaya party back to malaya. Long Live Sabah party!

    ReplyDelete
  2. Ini bukan sebarang perjuangan tapi perjuangan HAK rakyat.
    Pemuda jangan siakap-siakap saja kalau siakap banyak tidak bererti...aksi bah.
    Jangan terlawak mereka bukan main-main politik sebab rakyat.
    Dah Berapa hari Hospital?Autonomy?Mana perjuangan kamu?

    ReplyDelete
  3. Jalingut, Putatan SabahDecember 8, 2010 at 11:32 AM

    Syukur! kpd SAPP Kemabong...memang kita sudah menduganya bhwa semakin hari perjuangan SAPP diterima rakyat yang mempunyai maruah politik. Kita katakan 'Tidak!!' kpd Parti Semenanjong...tetapi 'Yes!!' kpd parti tempatan seperti SAPP.

    ReplyDelete
  4. We'll just wait for the next GE.

    ReplyDelete
  5. SAPP kelua dari BN kerana SAPP inginkan kuasa. dalam BN mereka tak ada kuasa.

    ReplyDelete
  6. I'm not too sure about SAPP. Are they really in it to help the people or power hunger???

    ReplyDelete
  7. It's hard to trust just any party especially when the party's president is YTL.

    ReplyDelete
  8. It's not that easy easy to know which Parti to be in their side. It's the people who think the right or wrong way about it.

    ReplyDelete
  9. Not everyone is right. Everyone can be right and even wrong. It's the way we do things and how we see it.

    ReplyDelete
  10. Is SAPP right about this? I'm afraid they will lose more.

    ReplyDelete
  11. don't trust with SAPP especially YTL.

    ReplyDelete
  12. terserah kepada rakyat untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak??

    ReplyDelete
  13. Pada 18 Jun 2008, Teck Lee yang menjadi Presiden SAPP mengatakan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Kemudian YTL umum SAPP keluar BN pada 17 September 2008.

    Abdullah membuat kenyataan “Saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya (YTL)” bagi mengulas tindakan YTL itu. Maksudnya, YTL merupakan satu-satunya Presiden parti komponen BN Sabah yang tidak tercalon dalam PRU 2008. YTL menuntut janji jawatan Senator, tetapi tidak dipenuhi Musa dan Tun Abdullah Badawi. DUN Sabah yang bersidang tidak mencadangkan nama YTL sebagai Senator tetapi Musa mencadangkan nama lain. YTL dipercayai termakan janji habuan yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim berikutan “isu 16 September”, iaitu pertukaran kerajaan berdasarkan kontroversi puluhan MP akan lompat parti. YTL juga mengakui pernah menemui Anwar sebanyak dua kali dalam tempoh itu, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur. Tindakan SAPP keluar BN hanyalah strategi untuk meredakan kegagalan ’16 September’. Bagaimanapun, di pihak YTL, tindakan itu seperti ‘melangsaikan hutang’ dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri-Menteri Kewangan dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee Tidak Lagi berhutang dengan Anwar.
    Pada 20 September 2008, Timbalan Presiden SAPP, Raymond TanExco Pemuda merangkap Ketua Pemuda Zon Sandakan, Alex Lim Su Chung dan Exco Wanita, yang juga Ketua Wanita Zon Sandakan Jane Ng Nyuk Jin, bersama 2000 ahli SAPP yang lain bertindak keluar parti itu kerana tidak bersetuju dengan keputusan YTL. Menurut Raymond, perkara itu tidak mendapat persetujuan SAPP, tetapi hanya diputuskan secara de facto oleh YTL dan penyokongnya di kalangan ahli Majlis Tertinggi SAPP.

    ReplyDelete
  14. Mungkin itu penjelasan bagi menutup apa berlaku sebenarnya. Jika ikut cerita YTL dulu disebabkan tidak diberikan bertanding di Kota kinabalu terus beliau keluar parti BN.

    ReplyDelete
  15. Selama tempoh dua tahun Yong menjadi KM Sabah, inilah sumbangan beliau:

    - Warisan Harta Sabah (WHS) rugi RM114 juta,
    - Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.
    - menafikan geran2 tanah untuk kampung2 tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi).
    - Tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra
    - Tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra
    - Hak rakyat lain yang dikatakan diambil oleh YTL ialah 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan, Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, Tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
    - Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings
    - Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd
    - Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

    ReplyDelete
  16. Tidak tahulah benarkah tidak kata artikel ini. Kununlah tidak merajuk padahal..memang merajuk pun dengan BN. Tapi SAPP haruslah berjuang untuk rakyat. Kita tengok sampai mana kekuatan SAPP.

    ReplyDelete
  17. Wah banyak juga cerita YTL semasa beliau menjadi CM. Mungkin banyak perkara lagi yang berlaku belum disebutkan lagi.

    ReplyDelete
  18. Apa cakap pirate adalah fitnah...hanya untuk memburuk-burukan YTL untuk tolong Raja Koruspsi BN yang bossnya.

    ReplyDelete
  19. yang pasti YTL kurang berkemampuan untuk menjadi KM..sejarah membuktikannya..

    ReplyDelete
  20. SAPP berhak untuk mengatakan apa saja sebab mereka keluar dari BN..namun, sebab sebenar hanya pemimpin SAPP saja yang tahu..rakyat haruslah bijak untuk menilai dan memilih..

    ReplyDelete
  21. kerajaan mahu pun pembangkang, jangan hanya pentingkan kelangsungan politik mereka sahaja sehingga mengabaikan rakyat..rakyat bukannya boneka untuk dipergunakan sebagai alat politik..

    ReplyDelete
  22. isu kemiskinan tidak perlulah dipusing-pusingkan dan dipolitikkan kerana tidak akan membawa kepada penyelesaian..membasmi kemiskinan adalah tanggungjawab bersama..

    ReplyDelete
  23. apa pun, diharapkan mana2 ahli politik tidak akan melihat isu kemiskinan ini sebagai alat politik mereka..seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk menyelesaikan isu ini..

    ReplyDelete
  24. SAPP keluar utk pertahankan hak rakyat atau mahu pertahankan keegoan parti sendiri???

    ReplyDelete
  25. Semasa YTL ada kuasa dulu napa dia tak berabis selesaikan semua isu yang dia timbulkan sekarang??? Konon kerajaan tak prihatian pada rakyat... Yg dia tu pula, apa cerita.

    ReplyDelete
  26. Mike, ada juga ba tu sebab lain tapi biasalah.. Talam dua muka kan. hihhihi

    ReplyDelete
  27. Setuju albert wong. Kita tengok ja lah apa yang bakal SAPP lakukan nanti :)

    ReplyDelete
  28. Apapun, politik sememangnya sukar diramal! hehehe

    ReplyDelete
  29. Mesti ada sebab yang lain.

    ReplyDelete
  30. SAPP is not sulking but frustrated with the whole bunch of dramas.

    ReplyDelete
  31. YTL tidak akan berbalik kepada BN.Percaya la.

    ReplyDelete
  32. I don't think SAPP will work well with BN. It is better for SAPP to leave.

    ReplyDelete
  33. Apa pun, SAPP telah membuat keputusan untuk beredar.

    ReplyDelete
  34. SAPP and BN are no more friends now.

    ReplyDelete
  35. SAPP keluar BN, itu keputusan mereka.

    ReplyDelete
  36. Whatever the reason, SAPP is already out of BN for so long already.

    ReplyDelete

Search This Blog