Rais: No, no, no way! |
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim harus sedar bahawa Sabah dan Sarawak menyertai pembentukkan Malaysia kira kira 47 tahun lalu tetapi hak Sabah dari segi kuasa autonomi dan hak mendapat pengagihan kekayaan sumber galian asli dan gas tidak pernah selesai malah ‘janji janji kosong’.
Taktik mereka yang terbaru lagi yang menyakitkan hati rakyat Sabah ialah apabila isu hak autonomi dan "SFS" dibangkitkan mereka kata itu isu lapok dan sudah basi. Kami rakyat Sabah ingin bertanya Datuk Rais, apakah kami rakyat Sabah tidak berhak menagih janji janji Persekutuan yang belum tertunai supaya ditunaikan? Harus maklum bahawa Sabah bukan merdeka di bawah Malaysia tetapi Sabah merdeka bersama Malaya dan membantu pembentukkan MALAYSIA.
Rais cuba mengeruhkan lagi suasana politik di Sabah khususnya prk Batu Sapi apabila beliau menyifatkan ada pihak yang sengaja membangkitkan isu 'Sabah For Sabahan' (SFS) dan autonomi untuk meraih sokongan politik tetapi sebenarnya dalam sesuatu prk isu seperti ini termasuklah kegagalan kerajaan mestilah timbul kalau tidak takkan lah pembangkang berkempen memuji puji BN pula.
Beliau berkata isu berkenaan bukan sahaja lapuk dan muncul apabila ada pilihanraya termasuk pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, tetapi juga sebenarnya cuma membicarakan perkara yang langsung tidak berkaitan dengan isu kenegaraan.
Seperkara lagi, apabila Rais menyentuh Perkara 161, Perlembagaan Malaysia, perkara (kedudukan Sabah) yang sudah diputuskan dan akan terus diamalkan di tanah air, Rais gagal meneliti kehendak Rakyat Sabah ketika menguatarakan isu hak kuasa autonomi dan SFS ia bukan menyentuh Perkara 161 tetapi disebabkan ia sudah tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan mengapa pelaksanaannya dilengah lengahkan lagi, itulah yang ditagih Rakyat Sabah sekarang.
Menurut Rais, 20 Perkara yang disebutkan dahulu sudah selesai kecuali beberapa perkara yang berkaitan dengan penempatan pegawai namun itupun cuma pada peringkat-peringkat tertentu dan ianya sedang diatur dengan baik Tetapi bila?
Kepada Datuk Rais dan pemimpin pemimpin Kuala Lumpur,...kami rakyat Sabah bukanlah keterlaluan sangat tetapi apa yang kami lakukan sekadar menagih hak kami tapi jangan labelkan kami sebagai ikan sembilang dan isu lapok sudah basi. Ertinya kami ini menyampah sangat kah? Rais jangan suka suka celupar mulut dibumi kami Sabah...kami bukan menumpang dinegeri kamu tapi kami ada hak jaga tanah air kami sendiri daripada diJAJAH orang MALAYA.
ReplyDeleteSabah for Sabahan salah ke? Kami berhak menjaga tanah tumpah darah kami sendiri...kembalikanlah maruah kami dan kekayaan kami. BN,UMNO,DAP, PKR dan PAS parti luar Sabah please get out from our country!!!
ReplyDeleteDatuk Rais, your creating a bad intention n insulting too much to our brother n sister Sabahan...ur not welcome here! Pls out...!NEGERI KAMI TANGGUNG JAWAB KAMI, ORANG LUAR APA TAHU?
ReplyDeleteOdoooi...Rais. tiada supan pula sakapan kau masamlah Malaysia ini kau yang punya..kada noh kapandai pandai manggaratak yahai boh? Tuukoi dialo...ooi!!!Tombirang kopio!
ReplyDeleteWest Malaysians always think that we Sabahans are just like their puppies..so we need to show these people where we stand.
ReplyDeleteDULU tahun 1962 bila kita diajak Malaya sama bentuk Malaysia bukan main siok dorang pujuk2 kita sampai lah terjadi BATU SUMPAH diKeningau. Naaaahhh!!..sekarang macam2 sudah dorang kata..tidak berpijak cibumi nyatalah...org Sabah sdh ada bekerja di Semenanjonglah???..Apakah kita ini tiada MARUAH, yang sudah KAYA memanglah dideten Semenanjong tapi bagi kita yang masih ata rumbi...Undi SAPP!
ReplyDeleteShow them who Sabahans are..."MIGHTY SABAHANS UNITE" let our Malayan Brothers know that we are united...Orang Sabah bukan macam kerbau yang di ikat di hidung dan senang ditarik-tarik...dulu masa mau membentuk Malaysia bukan main manis lagi, lebih manis dari gula!!..sikarang..bukan main lingzi lagi..hantar balik pegawai-pegawai dr Malaya tu..ingat orang Sabah tiada yang berkelayakan kah???? HIDUP SABAHAN!!!!!
ReplyDelete