Monday, November 1, 2010

Kenapa Ismaily baru sekarang bertanya?

KENYATAAN dan ulasan Penulis Veteran Sdra. Ismaily Bungsu bertajuk “ Kenapa baru sekarang Yong bersuara?” merupakan suatu pertanyaan yang agak janggal tetapi perlu juga dijawab yang sudah pasti Ismaily sudah menduga jawapannya yang sama rentak jika soalan dikemukakan kepada Ismaily “kenapa baru sekarang bertanya kenapa tidak dulu sebelum prk” kerana isu ini sering dibangkitkan Datuk Yong sebelum prk Batu Sapi.

Antara lain dipersoalkan Ismaily ialah  DULU, semasa jadi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, bagaikan ‘tidak berlidah’ kerana tidak berbicara langsung soal ‘20 perkara’ dan ‘Autonomi’; lalu kenapa bagaikan orang terkena ‘sawan’ mula bercakap dan menghina BN dan segala macam tidak adil?

Tahukah Ismaily kenapa Datuk Yong keluar meninggalkan BN sekitar tahun 2008? Kalau tidak, selagi Yong berada dalam gagasan BN isu autonomi dan 20 Perkara tidak boleh dibincang secara terbuka kerana konon BN ada kod etika yang melarang kerabat partinya melakukan seperti itu dan Yong dengan rendah diri akur peraturan kod etika itu.

Setelah bosan dan bagaikan dipenjara haknya bersuara Yong mengambil keputusan untuk meninggalkan BN kerana sudah tidak tahan kelibat dan gelagat buruk pemimpin pemimpin BN yang membuatkan Yong dalam keadaan serba salah dalam memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah.

Sama juga kes yang berlaku dengan beberapa pemimpin LDP yang lainnya terpaksa meminta suaka politik parti komponen lain dan ada pula seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah tetapi tidak berparti hanya kerana menentang sikap ‘kuku besi’ Musa Aman yang tidak memberi muka langsung kepada parti parti kerabatnya menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kepimpinan dan Pentadbiran Musa.

Ismaily sekali lagi celupar tidak bertempat apabila menyoal Yong konon, Apakah Yong berangan sekali lagi menjadi ‘CM’ seperti katanya, ‘Chief Minister In Waiting’? Sebenarnya Yong tidak berangan menjadi KM apalagi mengungkapkan perkataan “Chief Minister In Waiting” jauh sekali yang mungkin Ismaily terlalu emosi dan tersilap memetiknya.

Berangan sangat menjadi KM seperti yang ditegaskan Ismaily agak keterlaluan untuk mengutuk Yong tetapi beliau sekadar berangan untuk berjuang terus berjuang untuk membela hak asasi rakyat Sabah yang semakin tertindas. Kalau tidak Yong melakukannya siapa lagi yang boleh diharapkan menggalas tanggung jawab dalam mengembalikan hak rakyat Sabah.

Mengenai tuduhan Ismaily konon Yong kepingin sangat mahu menduduki kerusi KM tanpa melihat di Sabah ini majoritinya siapa? Angan-angan ‘Mat Jenin’ Yong bakal terjatuh sendirinya nanti. Sebenarnya Ismaily terlalu sakit hati kerana emosinya yang berkobar kobar takut jawatan KM jatuh ketangan Yong. Tetapi sekalipun Ismaily menahan rezeki Yong kalau pengundi sudah bertekad untuk mengangkat Yong apa pula salahnya kerana Yong juga tergolong dalam bangsa 1Malaysia…Ismaily bagaimana?

NAMPAKNYA kelibat politik Ismaily cepat dapat dikesan kerana dalam nada dan ayat beliau gunakan bolehlah disimpulkan bahawa beliau mahu rakyat Batu Sapi menolak Yong sebaliknya mengalihkan undi dan sokongan kepada Haji Ansari yang kononnya Ansari seorang Peguam dan berpengalaman walaupun Ismaily akui Ansari berasal dari Tuaran.

Kalau itulah persoalannya, sama ada Ansari atau Yong adalah kedua duanya sama dari segi pengalaman sebagai Peguam tetapi Yong mempunyai kelebihan kerana pernah menjadi KM…Ansari tidak pernah malah jadi wakil rakyat pun tidak pernah sejak tahun 1980an.

Dalam soalan jawatan perniagaan dalam kerajaan adalah perkara biasa kerana biar pun ia adik beradik dalam satu keluarga sama seperti Tan Sri Pairin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan memang lumrah didalam politik dinegara ini dan ia bukan suatu perkara yang baru bah sudah pernah berlaku sebelum ini.

3 comments:

  1. PKR Sabah adalah parti pengacau di Sabah. pigi baliklah malaya. Kebudayaan samseng tumbuk bertumbuk dari orang PKR sendiri bukan budaya Sabah. Lihat saja AGM cabang, kerusi sudah terbang sana sini. PKR = EX-UMNO!

    ReplyDelete
  2. SEDAR atau TIDAK, Sabah yang kita sayangi sebenarnya di JAJAH oleh satu kuasa POLITIK dalam konteks Malaysia. UMNO atau PKR ... sudah PASTI akan buat perkara yang sama setelah memegang tampuk pemerintahan di SABAH yang kita kasihi ini.. Lukisan UMNO sudah kita nampak dan rasai resipinya.. Bagaimana pula dengan PKR ?.. lambat atau cepat, resipinya akan jadi macam UMNO juga atas sebab KEKAYAAN di semenanjung telah menjadi KEK KECIL dan di SABAH masih ada KEK BESAR lagi sedap aromanya. Oleh itu, berwaspada dan fikir-fikir antara UMNO dan PKR apa kelebihannya ?

    BURUK-BURUK SAPP.., seribu kali lebih baik daripada PARTI LUAR iaitu UMNO dan PKR yang tampuknya dikuasai oleh orang bukan Bumiputera SABAH.

    DAHULUNYA Yong Teck Lee ada kesilapan. Tetapi KESILAPAN itu telah diperbaiki dengan cara KELUAR daripada BN. Yong Teck Lee adalah PENJAHAT yang bertukar jadi HERO.

    TINDAKAN Yong Teck Lee ada persamaan dengan Pairin Kitingan sewaktu PBS keluar daripada BN. Tetapi, amat sedih kerana dikala HARTA TANAH warisan BUMIPUTERA SABAH digeran secara RAMPASAN SULIT oleh Orang Semenanjung... diketika itulah Pairin Kitingan MASUK dan SOKONG BN semula. Pairin Kitingan adalah HERO yang jadi PENJAHAT.

    Justeru, SOKONGLAH dan UNDILAH calon SAPP untuk mengembalikan HAK-HAK SABAH yang KIAN TERHAKIS.

    BN telah INGKARI dan KHIANATI asas PERKARA 20 dan Kebarangkalian untuk di TIRU oleh Pakatan Rakyat telah hampir PASTI. Mungkin Anwar TIDAK.. tetapi, pewaris yang akan datang BAGAIMANA ?. Renungkan sejenak.

    "Sabah adalah untuk RAKYAT SABAH.. SELAMATKAN BUMI SABAH... Hanya Orang SABAH yang tahu BUDI DAYA negeri ini... UNDILAH SAPP"

    ReplyDelete
  3. go check what inside Borneo Herald online at
    http://borneoherald.blogspot.com

    ReplyDelete

Search This Blog