Wednesday, November 3, 2010

Jangan menggadaikan maruah diri anda kerana rasuah undi

PRINSIP perjuangan BN dalam kempennya di PRK Batu Sapi dilihat lebih terfokus kepada pembelaan kemiskinan RAKYAT dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan awam terutamanya rumah ibadah dengan kos berjuta juta ringgit tetapi apakah ia benar benar akan direalisasikan selepas prk ini atau sekadar diatas kertas sepertimana pernah berlaku di masa lampau.

Selain itu, tidak kurang juga usaha lain serentak dilaksanakan seperti program kemasyarakatan untuk menaiktaraf hidup rakyat dengan menghantar beberapa Pegawainya masuk kampung keluar kampung menemui rakyat dengan memberitahu bahawa mereka (rakyat) akan dibantu itu dan ini termasuk bantuan zing yang diagih agihkan difahamkan seorang keluarga mendapat agihan 10 keping zing.

Sementara dari aspek memesatkan  PEMBANGUNAN tampak jelas pemimpin pemimpin berkuasa eksekutif BN tidak melepaskan peluang mengumumkan projek projek MEGA seperti pembinaan Masjid di Batu Sapi berharga RM 6 juta dan menaiktaraf jalanraya Sibuga RM15 juta.

Implikasi pengumuman itu yang sedap didengar pengundi sudah tentulah akan mendorong pengundi Batu Sapi  akan mengundi calon BN Datin Linda Tsen pada November 4. jika pengundi masih percaya dan yakin bahawa pengumuman itu dilakukan secara TELUS dan bukan sekadar STRATEGI meraih undi semata mata.

Namun persoalan lain, bagaimana pula jeti jeti dan jambatan di Kg Air Bokara yang sudah mengalami kerosakan teruk dengan serba kedaifan sejak lebih 10 tahun lalu? Difahamkan masyarakat Bokara yang terdiri daripada kesukuan Suluk, Bajau, dan Sungai ada yang sudah hilang kesabaran kerana tindak tanduk pemimpin BN tidak selari dengan aspirasi rakyat yang mahukan pembangunan pesat di situ tetapi sekadar ditabur dengan janji janji KOSONG..

SELAIN  mengalami pelbagai kedaifan, masalah lain seperti rumah rumah terbakar lebih 10 keluarga sekitar tahun 2001 masih belum diuruskan oleh kerajaan BN termasuk status geran tanah yang sering ditagih rakyat di situ tetapi sehingga kini masih berstatus TOL.

IRONINYA, kerajaan BN yang telah bertapak di Sabah sejak tahun 1994 iaitu kira kira 16 tahun lalu mengapa masih ada pembangunan yang terpenting di kawasan Parlimen Batu Sapi tertinggal dari senarai keutamaan jika BN benar benar ikhlas dan prihatin keatas pembangunan di Batu Sapi.

Di sepanjang jalan pintas antara Bandar atu 8 menuju ke pesisir pantai Batu Sapi akan terpampang kejelikan mata memandang yang tiada apa apa kemajuan dibangunkan bermula dari Taman Poh Hing, Kg Karamunting, Taman riadah Pasir Putih termasuk sebuah Restoran terkemuka Ocean King dimana susunatur lanskap dan jalanraya masih diparas tidak memuaskan.

Rakyat dan pengundi Batu Sapi berhak mempersoalkan keikhlasan kerajaan BN bahawa selama 16 tahun BN berkuasa di Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi tidak ada satu pun Industri besar dibina di sini selain lambakan ‘trawler’ berlabuh di tepi tepi pantai yang tidak diketahui asal usulnya.

WAJARKAH rakyat Batu Sapi memberi muka BN di Batu Sapi dalam PRK kali ini yang rakyat dan pengundinya yang sudah TERLUKA sekian lama memendam perasaan? Terpulanglah kepada mereka untuk menentukannya kerana apa pun keputusan dicapai adalah HAK PENGUNDI untuk menentukannya.

JANGAN MENGGADAIKAN MARUAH DIRI ANDA KERANA RASUAH. UNDI ANDA ADALAH PENENTU MASA DEPAN GENERASI MUDA YANG BAKAL  MENJULANG MARUAH BANGSA DAN NEGARA!!

Oleh: TEROPONG BATU SAPI

30 comments:

  1. Juriji Sakong, Kg GasNovember 3, 2010 at 12:22 PM

    Cuba lihat itu...16 tahun UMNO-BN berkuasa diBatu Sapi, jangankan rumah terbakar hampir 10 tahun lalu dibaiki, jambatan rosak diganti malah status tanah masih TOL. Apa wakil rakyat BN lakukan selama ini atau sekurang kurangnya Musa jenguk jenguklah kawasan ini. Kalau pengundi Batu Sapi tidak mengundi BN tapi mengundi SAPP memang ngam...kerana kasih menang BN pun itu juga jadinya..daripada kenaikan sampai keturunan tiada ketempatan!!!

    ReplyDelete
  2. Masa tempoh berkempen ni, semua pemimpin turun padang. Org sakit, org miskin semua dilawat, di peluk.Projek naik taraf, kenaikan sewa batal serta merta.Mana mereka sebelum ni? Di mana mereka 2 -3 bulan atau 2 -3 tahun sebelum ini? Tidak tahu masalah kawasan? Mungkin juga sebab mereka hanya turun padang secara bermusim.Kalau perlukan undi rakyat, macam macam mereka buat dan bagi. Selepas menang, mereka akan lupa semua. Nak menghadirkan diri di kenduri kahwin atau kematian , memang tak ada masa. Ikhlas kah mereka? Yg kesian adalah rakyat marhaen yg begitu setia mengundi BN/UMNO....

    ReplyDelete
  3. 好彩三腳石有補選,我們的地區爛路、失靈街燈,破舊不堪木橋以及其他的基本設施,才獲得國陣政府撥款來維修爛路、失靈街燈,木橋和其他的基本設施等。其他地區沒有補選,國陣政府沒有錢來維修爛路、失靈街燈,破舊不堪木橋以及其他的基本設施。

    沙巴人希望第十三屆大選盡快來,希望可以換政府,人民權益才有保障。

    這次三腳石有補選,我們要投給進步黨楊德利。給國陣重重一擊。讓他知道,不要在有選舉的時候國陣政府才來派糖果。沒有選舉的時候,不管我們人民的投訴,不為我們解決困境。(國陣沒有派糖果)

    ReplyDelete
  4. From my observation, the continuous attack by Tham Nyip Shen against Yong is a carefully thought out strategy between Musa and himself, to end the political career of Sabah Progressive Party.

    It is clearly evident that Tham (as SAPP members called him, "Smiling Tiger" is the most dangerous and evil type of human behaviour) because the person does things inside without others knowing what he can do. He reads and practices the Art of Sun Tzu.

    Recent accusations and lies he made through the Chinese and English presses were all engineered and 'revealed' accepting the fact that the general public will tend to believe him because he was once a close aide of Yong. The most dangerous enemy is the one who was once 'too' close to you...as the saying goes.

    Tham thinks that by his incriminating lies will make a difference on the public views on Yong, and to satisfy his new boss, the CM for obvious reasons anybody can guess what.

    If BN lost Batu Sapi, his boss will be in dire straits including himself...so the only way, by hook or by crook this top dog will do the dirty job for his master...Now that I know Tham is a lowly cheapskate...a person of low moral...time will tell whether I am telling you the truth!

    ReplyDelete
  5. Sekiranya PKR yang menang, pastikah mereka dapat menyelesaikan semua ini. Atau lebih teruk lagi dari keadaan sekarang dengan pengurusan PKR. Kita pandai fikir dan tahu yang terbaik untuk semua. Bukan mudah unruk membangunkan sesuatu tempat jika bajet tidak memcukupi sepenuhnya.

    ReplyDelete
  6. Nah biarlah rakyat batu sapi pilih siapa yang mereka mahu. SAPP BN adalah antara yang terbaik tapi tidak kepada PKR. Saya tidak mahu PKR, mereka hanya gilakan kuasa untuk di Sabah. jadi BN dan SAPP kita tunggu siapa yang rakyat akan pilih.

    ReplyDelete
  7. orang Batu Sapi lebih tahu siapa yang layak untuk diundi..biarlah mereka membuat pilihan.

    ReplyDelete
  8. PAS juga memberikan RM250 sebagai kos pengangkutan.

    ReplyDelete
  9. pembangkang juga pandai menaburkan janji yang dilihat tertalu tinggi dan sukar untuk mereka laksanakan. sebaiknya rakyat pilihlah parti yang benar2 mampu membawa pembangunan.

    ReplyDelete
  10. Semoga pengundi batu sapi akan membuat penilain yang bijak. Undilah yang terbaik!

    ReplyDelete
  11. rkyat tau menilai sendiri parti mana yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  12. "..mengumumkan projek projek MEGA seperti pembinaan Masjid di Batu Sapi berharga RM 6 juta dan menaiktaraf jalanraya Sibuga RM15 juta."

    berani mengumumkan kerana mampu memberi.. pembangkang?? semakin mundurlah penduduk Batu Sapi jika mereka terus bergantung dengan calon yang telah pun mempunyai rekod yang buruk.

    ReplyDelete
  13. pilihlah parti yang mampu menunaikan janji dan sentiasa membawa perubahan positif kepada pembangunan. selamat mengundi

    ReplyDelete
  14. saya harap penduduk Batu Sapi tidak teragak2 untuk menolak calon2 pembangkang, yakinlah dengan kemampuan Datin Linda yang bersungguh2 ingin membawa Batu Sapi kearah yang lebih baik. berikan beliau peluang untuk menyampaikan suara penduduk Batu Sapi ke parlimen.

    ReplyDelete
  15. berdasarkan ramalan oleh satu badan bebas, BN akan mengekalkan kerusi Batu Sapi, diikuti oleh SAPP dan akhir sekali PKR. saya harap ramalan ini akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  16. penduduk Batu Sapi perlu ingat, pembangkang hanya menggunakan PRK Batu Sapi untuk menguji tahap populariti mereka. ini cukup untuk memberikan kita gambaran bahawa mereka tidak ikhlas bertanding dan tidak ikhlas berjuang untuk rakyat.

    ReplyDelete
  17. Apa pun taktik yang digunakan, biarlah penduduk yang menilai..dan kita tunggu keputusan yang akan diumumkan pada malam ini.

    ReplyDelete
  18. Tidak kisahlah siapa yang menang pada pilihan raya batu sapi ini. Cuma mana-mana parti yang menang tu buatlah sesuatu perubahan lebih baik seluruh kawasan batu sapi agar dapat dinikmati oleh rakyat.

    ReplyDelete
  19. Cakaplah apapun, yang pasti BN da menang :)

    ReplyDelete
  20. Semoga BN dapat buktikan bahawasanya pilihan rakyat adalah tepat. Teruskan perjuangan utk menjaga kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  21. Syukur jugalah pilihan raya berjalan lancar walaupun ada desas desus yang kurang enak didengar... Apapun Taniah pada BN kerana berjaya pertahankan kedudukan.

    ReplyDelete
  22. Selepas ni sama2 lah kita berharap agar BN dapat memenuhi keperluar rakyat. Jangan biarkan pembakang mendapat ruang utk memburukan nama baik BN.

    ReplyDelete
  23. Saya menantikan perubahan baik yang bakal berlaku...

    ReplyDelete
  24. 'Jangan menggadaikan maruah diri anda kerana rasuah undi'

    Tiadalah sampai mengadaikan diri kerana rasuah undi. Sebenarnya pengundi telah membuat pilihan tepat.

    ReplyDelete
  25. Harap segala janji2 yang lafazkan oleh BN ditunaikan. Ia adalah untuk menigkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

    ReplyDelete
  26. Harap rm16 juta untuk memperbesarkan jalan di Sibuga tu dapatlah dibuat dengan baik dan berkualiti dan janganlah setakat melepaskan batuk di tangga. setahu saya 16 jt adalah untuk 16 km...hehehe entah2 16 jt ni mau buat jalanraya emas..

    ReplyDelete
  27. Rasuah undi? Parti yang mana satu?

    ReplyDelete
  28. The by election shall pass. We should move on and look into a diff light now.

    ReplyDelete
  29. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Jangan biarkan kata2 orang mengaburi mata kita.

    ReplyDelete

Search This Blog