Monday, October 25, 2010

Kenyataan Rosnah berunsur fitnah

Ketika terbaca artikel bertajuk “ Yong Teck Lee tak layak jadi pemimpin – Datuk Rosnah Shirlin” agak mengecewakan kerana kenyataan Rosnah itu seolah olah menggambarkan keegoan yang melampau sangat dimana dia (Datuk Rosnah) tidak berhak memutuskan kelayakan seseorang pemimpin lebih lebih lagi Datuk Yong Teck Lee yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri yang diilhamkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Datuk Rosnah yang penuh kebongkakan itu perlu baginya meminta maaf secara terbuka kepada penyokong Datuk Yong di Parlimen Batu Sapi mahupun rakyat diseluruh Sabah, dalam tempoh  24 jam dari sekarang.

Penyokong penyokong Datuk Yong diseluruh Sabah khususnya di Parlimen Batu Sapi merasakan bahawa kenyataan Rosnah itu berunsur fitnah dan  berniat jahat dengan sengaja mengaibkan peribadi  Yong secara serius dimata masyarakat.

Adalah kerana kenyataan dan tuduhan Rosnah itu boleh disifatkan Datuk Yong sebagai pemimpin yang tidak boleh diharap, penipu dan berskandal jenayah yang memalukan reputasinya sebagai calon prk Batu Sapi  dan Presiden SAPP.

Kami penyokong Datuk Yong sedar bahawa apa yang dinyatakan Datuk Rosnah adalah sebahagian dari peranan beliau berkempen politik diBatu Sapi tetapi tidak semestinya disertai dengan lontaran perkataan perkataan yang berunsurkan fitnah, pembohongan dan mengaibkan reputasi seseorang pemimpin.

Calon SAPP di prk Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee berhak meminta dibersihkan namanya dimata masyarakat daripada pelbagai tuduhan yang tidak berasas yang lebih menjurus kepada fitnah dan pembohongan semata mata yang tidak melambangkan suatu KEADILAN bagi diri beliau.

Salam dari kami,

PENYOKONG  DAN PENGUNDI SAPP SANDAKAN

3 comments:

  1. Hello rosnah yg merampas laki orang, bagaimana dengan sahabat ko datuk osu sukam yang kaki judi dan kalah berjuta2 di eropah? Apakah tindakan diambil oleh asssno terhadap kaki judi osu sukam?

    ReplyDelete
  2. orang Brunei bodoh!

    ReplyDelete
  3. Hi! yb rosnah, jangan membodohkan pengundi-pengundi di Batu Sapi. mereka tahusudah siapakah pilihan mereka. sabaliknya jagalah baik-baik laki mu, jangan nanti di RAMPAS perumpuan lain.

    ReplyDelete

Search This Blog