BAHANG pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi yang tinggal lima hari kian terasa dengan ketibaan kertas undi 1,535 pemilih pos di sini petang tadi. Kertas undi pemilih pos itu dibawa dari Kota Kinabalu dan dihantar ke Dewan Persidangan Majlis Perbandaran Sandakan pada 4.30 petang dan disambut sendiri oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan, Sapi Mohd Hamsan Awang Supain.
Di dewan persidangan itu, semakan dilakukan terhadap kertas undi pos, antaranya membabitkan ejaan nama calon dan parti, susunan calon yang bertanding serta simbol parti.
Selain Mohd Hamsan dan penolong pegawai pengurusnya serta pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya, semakan turut membabitkan wakil parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
Kertas undi pos itu kemudian dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk disimpan.
Pengundian bagi pemilih pos akan dijalankan pada Isnin depan, dan membabitkan 663 anggota Pasukan Gerakan Am, Tentera Laut DiRaja Malaysia (601) serta dan IPD Sandakan (271).
Tiga pusat undi pos ialah di IPD Sandakan, ibu pejabat PGA Batu Sapi dan Kuarters TLDM di Batu 5.
Bagi 24,047 pemilih biasa, mereka akan membuang undi pada 4 Nov ini di 12 pusat mengundi membabitkan sebelas bangunan sekolah dan sebuah bangunan perpustakaan.
memang pos undi dimanipulasi BN ini undi patut tidak dibenarkan
ReplyDeleteBATU SAPI = UNDI POS DILAKUKAN 2 ATAU 1 HARI LEBIH AWAL DARIPADA HARI MENGUNDI SEBENAR. PELAKSANAAN UNDI POS INI ADALAH BAIK.
ReplyDeleteBAGAIMANAPUN, PERLU DIPERBAIKI DARI SEGI MENYAMPAIKAN KEPUTUSAN AGAR KETULUSAN TIDAK DIRAGUI.
UNDI POS AMAT MENGHAIRANKAN KERANA UNDI DIBUAT AWAL. SEDANGKAN KEPUTUSAN UNDI PADA KEBIASAAN AMALAN DI MALAYSIA, KEPUTUSAN UNDI POS MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG PALING AKHIR DI UMUMKAN.
SPR DAN REJIM BARISAN NASIONAL PERLU MENGUBAH CARA INI SELARAS DENGAN RUKUN NEGARA IAITU 'KESOPANAN DAN KESUSILAAN'
WAHAI RAKYAT BATU SAPI 'AYUH KITA REFORMASI UNTUK MENANGKAN SAPP'