Monday, November 1, 2010

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

(TV Antara) - Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong sebentar tadi untuk mendesak Badan Pencegah Rasuah Hong Kong menyoal siasat sekutu Ketua Menteri Sabah Musa Aman berhubung kes penyeludupan dan pengurupan wang RM16juta.

Chia dan Musa bersabit wang berkenaan
Michael Chia ditahan di Hong Kong pada Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur, membawa wang berkenaan.

Shamsul mengesahkan beliau akan membuat laporan terhadap Chia dengan pihak berkuasa Hong Kong esok. Laporan itu bertujuan mendesak supaya siasatan terperinchi dijalankan terhadap Chia dan Musa bersabit wang berkenaan.

Wang itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

12 comments:

  1. Memang ketua menteri sabah yang paling korup, kalau pihak polis dan macc tidak menangkap beliau, membuktikan berat sebelah berpihak kepada kerajaan korup Bn.

    ReplyDelete
  2. Musa Aman terus mendiamkan diri bila ada pemimpin pembangkang menyuarakan soal RASUAH yg melanda dirinya. Dulu, bila Datuk Dr Jeffrey ajukan masalah ini kpd MACC (BPR) utk disiasat, kerajaan negeri dgn cadangan Musa kpd TYT beri pingat bergelar 'Datuk' kpd Ketua MACC Sabah...kemudian bila sudah terlalu heboh selepas itu..Ketua MACC Sabah kena tukar ke Pulau Pinang dgn bantuan kerajaan Persekutuan.

    Kita tak pasti apa lagi Federal beri perlindungan kpd Musa kali ini...sebab dengar2 isu penggubalan wang di HongKong sudah diperingkat terakhir yg mengkehendaki MUSA HADIR KE MAHKAMAH HONGKON.

    ReplyDelete
  3. All our state revenue now hiden in the offshore banks in hong kong;pathetic petrifying indeed!

    ReplyDelete
  4. Memang Musa diam sebab dia tidak ada jawapan.
    Diam ertinya akun ka?

    ReplyDelete
  5. Kenapa MACC tidau jari Musa pergi minum kopi O

    ReplyDelete
  6. BATU SAPI = RAKYAT KU YANG DIKASIHI.., BIARLAH REJIM BARISAN NASIONAL - PBS, UMNO, UPKO, PBRS, LDP DAN ANGGOTA-ANGGOTANYA SERAH WANG UNTUK ANDA PADA MALAM SEBELUM MENGUNDI UNTUK BELI UNDI ANDA PADA BESOK HARI.., MEREKA KASI.., AMBIL SAJA DENGAN ILTIZAM DAN TEGUH HATI UNTUK UNDI SAPP DAN MENANGKAN SAPP.

    HAKIKATNYA.., ANDA TIDAK AKAN DAPAT BANTUAN DARIPADA REJIM BARISAN NASIONAL KALAU TIADA HARI MENGUNDI.

    AMBIL PELUANG INI DENGAN SYARAT UNDILAH SAPP PADA HARI MENGUNDI DEMI UNTUK MASA HADAPAN NEGERI SABAH SUPAYA ANAK DAN CUCU KITA TIDAK MEREMPAT DAN MISKIN HARTA DI NEGERI SENDIRI.

    BUDAYA REJIM BARISAN NASIONAL MEMANG DIAKUI SEJARAH BAHAWA WANG NEGARA BUKAN UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR SECARA KESELURUHANYA TETAPI DIGUNA UNTUK BELI UNDI RAKYAT.

    SEDARLAH WAHAI RAKYAT BATU SAPI..., ANDA DIBERI RM1,000.00 SEKALIPUN.., JUMLAH ITU TIDAK AKAN BERMAKNA..., HAKIKAT YANG BERLAKU IALAH ANDA AKAN MENDERITA UNTUK SELAMA-LAMANYA SAMBIL TERTUNGGU-TUNGGU TARIKH BILA LAGI PILIHANRAYA.

    KESIMPULANNYA, REJIM BARISAN NASIONAL BERI WANG.., TETAPI UNDI KITA ADALAH UNTUK SAPP.

    BIAR HIDUP SUSAH ASALKAN HARTA TANAH YANG KITA USAHAKAN TIDAK DI RAMPAS OLEH KOMANDO BARISAN NASIONAL.,

    UNDI SAPP ADALAH UNTUK KEJAYAAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT SABAH.

    ReplyDelete
  7. Saya mendapat maklumat dari seorang kawan saya dari Sarawak tapi telah bermastautin di KL sejak tahun 1994 lagi dan jiran kepada adik ipar abang Musa Aman.Adik IPAR ini 'bercerita' tentang kekayaan keluarga Musa(bukan alang kepalang kaya dia kata)sehingga mereka tidak tahu bagaimana nak spend duit-duit itu kerana terlalu banyak.Jadi mereka pun beli Kuda-kuda yang berharga ratusan ringgit mencecah juta.Beli kondominium jutaan ringgit dekat KLCC,Damansara,rumah mewah di Singpura dan ada lagi di London.Saya pun takut-takut mahu percaya sampai saya tanya kawan ini balik-balik dan kawan ini pun tanya 'adik ipar'ini balik-balik.Kesimpulannya dia bilang kalau perkara ini tidak benar buat apalah dia cakap.Tapi kerana dia simpati dengan nasib rakyat Sabah.Kenapa ada yang begitu kaya sekali diluar jangkaan,sedangkan negeri menjadi yang nombor satu termiskin.Kroni-kroni Musa dari KL pun ramai yang dapat kontrak di Sabah...dari projek kecil-kecil sampai yang mega-mega...entahlah apa-apa lagilah.....

    ReplyDelete
  8. Raja korupsi Musa yang dihormati

    ReplyDelete
  9. Siapa yang sebenarnya gila kuasa ni YTL ka Mus n siapa yang pergi mengankat sumpah awal2 dan bvlum lagi pucuk pimpinan setuju dia yg jadi ketua menteri sudah dluluan2 pergi angkat umpah apa barangg pemimpin begitu...orang bawa debat nda muncul tapi dalam keratan akhbar cakap org yang penakut dunia da tebalik...smoga YTL memberi kejutan kepada PRK Batu Sapi kali ni baru ada crita kannnn..

    ReplyDelete
  10. Jangan biarkan kerajaan UMNO-BN dan komponen partinya merebut kembali kerusi parlimen Batu Sapi dan Pastikan Kerajaan ini Tumbang satu persatu wahai pengundi Batu sapi sekalian dan menyesal di belakang hari tiada gunanya sebab semua yang akan dijanjikan hannyalah masa pilihanraya baru muncul dan cuba kalau tiada pilihan raya masa ni d batu sapi bayangan dan tapak kaki pemimpin BN kirim salam sajalah ingin pijak sana jadi fikir2 kan lahh wahai pengundi sekalian secara waras dan logiknyaaaaaa...smoga SAPP memberi kejutan besar akan PRK Batu Sapi...Sekian..

    ReplyDelete
  11. Ramalan Peratusan Undi Pilihanraya Kecil 4 Nov. ~ SAPP 45% / BN 40% / PKR 15%

    ReplyDelete
  12. Adakan pilihanraya kecil di semua kawasan Parlimen & DUN di Sabah tiap tiap hari supaya Penjajah di Putrajaya boleh kembalikan wang rakyat Sabah yang dirampas sejak tahun 1963....

    ReplyDelete

Search This Blog