AGAK MALANG sekali nasib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang terpaksa melakukan ‘homework’ sekali lagi di prk Batu Sapi selepas berbueh bueh mulut berucap untuk membuat pesanan terakhir kepada rakan rakannya ketika Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini, untuk turut sama rakan sayap yang lain mempertahankan PUTRAJAYA.
Selepas sahaja ROSNAH keluar dari perut kapal terbang dari Kuala Lumpur tidak dapat tidak beliau tergamam seketika ketika mendapat tahu bahawa prk Parlimen Batu Sapi bukan calang calang calon yang bakal mencabar BN dalam prk itu tidak lain dan tidak bukan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mantan Ketua Menteri Sabah.
Lantaran itu, Rosnah dalam keadaan mengelabah dan sifat yang ketidak tentuan terus sahaja mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan fikiran lantas menuduh Datuk Yong seorang pemimpin yang telah berada dalam banyak parti, selalu melompat-lompat, berbelit-belit dan tidak berpendirian selain selalu membuat kenyataan berbeza-beza.
Selain itu Rosnah dipetik sebagai berkata, “Semua orang tahu siapa Teck Lee dan bagaimana dia berperanan sebagai seorang individu yang gemar mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri sendiri,” katanya.
Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu bahawa peribadi Teck Lee sendiri telah menjadi bukti bahawa dirinya tidak layak bergelar pemimpin.
Berdasarkan kenyataan Rosnah itu telah dapat dibayangkan bahawa Rosnah dalam keadaan cemas dan panik bercampur kecewa kerana sudahlah berhempas pulas sehingga berbueh bueh mulut berpidato di PWTC untuk menyakinkan orang orangnya, rupa rupanya ada lagi satu masalah yang timbul yang bakal mencalar kekuatan UMNO-BN di Parlimen Batu Sapi.
Isu lompat melompat sebenarnya bukan mengena sasarannya kepada Datuk Yong kerana Yong tidak melompat tetapi menubuhkan SAPP setelah kepimpinan PBS pada tahun 1994 Tan Sri Pairin menyingkir beliau dan menubuhkan SAPP. Apakah itu melompat namanya?
ATAU kemungkinan Datuk Rosnah cuba pula menyindir rakan rakannya dalam UMNO yang lain yang pernah “melompat” dari parti lain ke UMNO pada tahun 1994 yang mungkin tidak disenangi Rosnah tapi tidak berani berterus terang…siapa tahu?
Mengenai dakwaannya kepada Yong dengan berkata “Dia adalah seorang yang cukup terkenal di negeri Sabah sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan atas kesempitan,” sekali lagi Rosnah menunjukkan sesak nafasnya dan kecelaruan fikirannya kerana jarang manusia bertindak pantas jika keadaan tidak memerlukan seseorang itu bertindak cergas.
Sebenarnya, Yong bukan mengambil kesempatan tetapi sebenarnya UMNO-BNlah yang yang senantiasa mengambil kesempatan dikala rakyat Sabah bergolak sesama sendiri dalam krisis PBS dalam tahun 1994 yang memaksa kerajaan PBS ketika itu tumbang kerana ketiadaan majoriti yang cukup untuk meneruskan kerajaan gara gara beberapa pemimpin (Adun) PBS berhijrah ke UMNO-BN (konon ada ganjaran tapi tidak pasti).
Jadi, sila Datuk Rosnah pertimbangkan disini siapa sebenarnya yang mengambil kesempatan dalam kesempitan apakah Yong atau UMNO-BN.
ala... ROsnah...kau yang rebut laki orang itu...ambil kesempatan dalam kesempitan
ReplyDeleteBetul kah,,,sila beri maklumat selanjutnya...
ReplyDeleteJanganlah menuding jari memburuk burukkan orang lain macam Rosnah saja yang baik sedangkan baru hingusan dalam politik. Yong bukan jenis yg suka lompat lompat parti, dia kena singkir dari PBS bah lepas itu baru tubuh SAPP sebab Yong masih mahu berjuang dan masih ada sokongan rakyat jadi kenalah dia buat parti bukan mcm dua ekor Menteri org Sandakan yg satu tiada parti dan yg satu menumpang parti Semenanjong...ahhh itu la ba Rosnah kasih sindir sindir itu tapi Rosnah masih takut takut mau cakap.
ReplyDeleteKenapa Yong disingkirkan? sebab dia lobby2 orang2 PBS untuk masuk BN pada masa tu...betul ka tidak??
ReplyDeleteIni juga tidak betul...jngn beljr mulut pembohong..ckplah yg betl2 baru politik ada harga. mcm Tham Nyit Sen cakp2 kasi buruk2 SAPP tidak guna kerana bunyi dia mcm org yg kecewa psl SAPP pun nda guna dia lagi...dia tu org keningau ba jual lot sekolah Cina Kgau yg skrng kena bikin kadai. Kira2 dia lobi mau tanding diBatu Sapi atas tikiet BN nda dpt sb Musa nda mau psl tiada parti. Yg satu lagi bekas Timbalan ketua Menteri Datuk Raymon Tan bilang mau bikin parti bila klur dr SAPP psl kunun sdh bnyk penyokong tapi nda ada juga tepaksa menumpang rumah org/parti Semenanjong yg bnyk masalah.
ReplyDeleteSiapa mau undi calon PBS bekas bini orang konon supaya ada simpati pengundi. Dlm politik zaman sekarang tiada istilah simpati...boleh juga kena timbang simpati klu mcm kes trajedi Tun Fuad yg jatuh kapal terbang atau Datuk Dr Wan Azizah Presiden PKR yg tanding dipermatang Pauh. Siapa suruh pakai motosikal betembirang racing dijalanraya kono pg beli tiket kapal terbang mau p Parlimen...itu nda pecayalah sebab klu beli tiket kapal terbang guna internet pun boleh. Simati ada insuran baaa...
ReplyDeleteOi Rosnah. Kau tidak malu ka?Mula mula saya mau undi sama BN sebab saya orang UMNO. Tapa saya tingu Dtk Shafie Afdal pun kana kasi malu mau dihalau dari Kedah. Rupa rupanya bajau ni bukan ba malayu. Dihina wakil kami dalam tv, 1 malaysia nampak! Patut pun kami punya suara nda didengar. Kali ini saya suru orang kampung saya undi SAPP. Nda la saya mau anak saya yang bakerja d sini d bikin ulun ulih orang KL! Kamu bom la kami barabis! Duit kami juga 2!
ReplyDeleteBannal ko kau ah dinakan. Asal katis na sin BN. Bang mannang gi, wal 30 takissa ta. Tarupangan ta. Kalau KL, KL juga la! Anak saya karja karajaan undi BN sampai sekarang tidak pandai naik pangkat. Sekali ada kosong pangkat bos, orang KL yg dapat. Anak buah saya mau karja MPS dibilang tiada kosong, sekali anak Datuk buli. Padahal sama juga kalayakan. Bagus lagi Datuk Yong!
ReplyDeleteSiapa bah Rosnah pergi komen dengan YTL? Laki orang dia pun rompak, seorang wanita yang teda etika. Tak tahu malu punya wanita.
ReplyDeleteRosnah serupa orang malaya ba. Tulah dia hantam YTL. Yang ndak malu ni Shafie. Tarang2 kana halau ba. Masi gi mau puji puji AMENO. Dia ingat orang tidak tingu tv ka? Orang sabah kasi AMENO kuasa, bukan dihargai, tambah dihina pula. Tahun depan, kita minta la orang malaya pula jadi KM kita. Alang alang la kita cium pantat malaya.
ReplyDelete