Saturday, October 30, 2010

Hiew dan Bosi ejen BN di prk Batu Sapi?

Ini kah pemimpin dari DAP?
KEGHAIRAHAN dua  pemimpin DAP Dr Hiew King Cheu dan Dr Edwin Bosi melakukan serangan politik bertubi tubi keatas  calon  SAPP Datuk Yong Teck Lee menyebabkan kedua dua pemimpin itu terus terleka akan tanggung jawab mereka membantu calon PKR Haji Ansari Abdullah yang terus dilanda masalah terjatuh ke laut sebanyak dua kali dalam musim prk Batu Sapi ini.

Namun Hiew dan Bosi terus tidak mengendahkan masalah yang menghantui ‘kuda’ mereka itu, sebaliknya mereka lebih berminat  menfokuskan strategi buruk dan kebudak budakan mereka ‘mengacau’ SAPP dan Yong (mungkin atas nasihat dan arahan pihak tertentu)…siapa tahu?

Kehadiran mereka diprk Batu Sapi sebenarnya bukan untuk membantu melaksanakan tugas dan tanggung jawab bagi mempastikan kemenangan ‘kuda’ mereka tetapi sebaliknya lebih terarah kepada tugas membantu BN secara ‘halus’ dari dalam kerana mereka juga sedar bahawa kemenangan ‘kuda; mereka dalam prk Batu Sapi adalah tipis sekali.

Bagaimana pun gerak geri mereka telah dapat dihidu dan senantiasa diperhatikan oleh rakyat dan pengundi Batu Sapi yang meng-ibaratkan mereka ini cuba menjual ilmu silat tetapi menunjukkan  langkah silat yang 'sudah sumbang' mudah dipatahkan dan sedikit pun tidak menarik perhatian umum diBatu Sapi malah mereka 'meluat' melihatnya.

Inikah jenis pemimpin yang rakyat harap harapkan untuk meletakkan masa depan rakyat dilandasan yang betul, apalagi untuk memperjuangkan hak asasi rakyat Sabah seperti perjuangan untuk mengembalikan kuasa autonomi Sabah, termasuklah mengembalikan Pulau Labuan sebagai hak Pentadbiran Sabah dan membetulkan pengagehan kekayaan sumber galian asli (Gas) kepada yang berpatutan.

Mungkinkah Hiew tidak faham rintihan rakyat Sabah terhadap ketidak adilan kuasa Kuala Lumpur keatas Sabah selama ini atau Hiew sengaja buat tidak tahu kerana takut menyuarakan isu itu kerana DAP dan bossnya juga berasal dari Semenanjung sama dengan UMNO dan PAS.

Jika itulah salah satu dari penyebabnya, adalah lebih baik rakyat Sabah harus melupakan sahaja Hiew, Bosi dan DAP termasuk PKR dan PAS yang tergolong dalam PR, dan kemudiannya rakyat Sabah hanya perlu menfokuskan SAPP sebagai landasan perjuangan rakyat Sabah yang dikira lebih senang dalam perkiraan 'matematik' politik Sabah masakini.

Percaturan dalam prk Parlimen Batu Sapi, SAPP tidak perlu memberi muka atau tersinggung sangat dengan 'provokasi' Hiew dan Bosi dimana tujuan dan matlamat kedua dua pemimpin DAP berijajah Kedoktoran ini tidak lain dan tidak bukan sekadar menjadi 'pengacau ibarat hantu balan balan yang kempunan menhisap darah manusia' tetapi juga boleh dilabelkan sebagai tokoh politik 'murahan dan tidak beretika'.

Sebaliknya kepimpinan SAPP yang cukup kemas dan berwawasan di bawah teraju mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee terus mendapat sambutan dan pujian rakyat pelbagai lapisan etnik dan keagamaan diSabah yang kini hanya menunggu rakyat akan menobatkan beliau sebagai ‘wakil rakyat baru’ untuk Parlimen Batu Sapi dalam beberapa hari lagi berlandaskan sokongan rakyat Batu Sapi terus menyakini dan mendampingi beliau.

Oleh: JACKSON LU

5 comments:

  1. Satu doktor binatang dan satu doktor palsu...apa lagi.

    ReplyDelete
  2. Memang ejen umno bn ini dua orang termasuk ansari yang terjatuh dua kali dalam laut.

    Mereka telah mengambil duit Musa dan Harris untuk mengacau Sapp.

    ReplyDelete
  3. Penyokong PKR Batu SapiOctober 31, 2010 at 12:57 PM

    Tiada guna punya doktor....Ansari balik balik terjatuh ke laut, ini dua orang minta duit BN pula jadi ejen BN...talibarut dan baruah BN!!!

    ReplyDelete
  4. Memang perbuatan mereka tetap BN, halau mereka pilihanraya akan datang...halau pengkhianat2 ini negeri Sabah.

    ReplyDelete
  5. Dengar kawan itu Hiew dapat banyak projek daripada BN..dan adiknya..Hiew ialah engineer projek semua...memang betual ... pengkhianat.

    ReplyDelete

Search This Blog