Saturday, October 30, 2010

Dua doktor pemimpin DAP masih bermain politik silangkata untuk Batu Sapi

Saudara Pengarang,

Apabila terbaca kolum artikel dari pembangkang yang dimuatkan dalam Portal terkenal Sabahkini.net selain menggelikan hati pembaca tentang kelibat para pemimpinnya malah pembaca kebingungan apabila mengamati ungkapan mereka terutamanya dua pemimpin DAP Dr Hiew Kheng Chew Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan seorang lagi Dr Edwin Bosi yang dikhabarkan pernah melompat banyak parti sebelum melompat ke DAP.


Dr Hiew mempertahankan projek jalanraya federal
 Apabila mengikuti kenyataan Dr Hiew berhubung risalah yang diedarkan SAPP yang mempertikai ketelusan KL ketika  mengagihkan pembangunan diSabah terutamanya jalanraya, di situ Hiew seolah olah memberikan jawapan terhadap pertanyaan risalah SAPP itu selaku bagi pihak kepada Datuk Musa selaku Ketua Menteri Sabah.

Agak aneh sedikit gelagat DAP itu yang sepatutnya Hiew tak perlu menyentuh soal itu kerana apa juga isu yang dibangkitkan Datuk Yong berhubung ketidak telusan KL biarlah dilakukannya, Hiew tak perlu menyanggah isu tersebut dengan perkataan lain yang boleh disimpulkan bahawa Hiew seolah olah pemimpin dan penyokong  BN di bawah kepimpinan Datuk  Musa.

and Dr Edwin Bosi, federal agents?
Ditambah tokok lagi, apabila Dr Bosi pula seolah olah meragui kelibat Datuk Yong akan berhijrah ke BN selepas prk Batu Sapi yang kononnya akan memporak perandakan BN. Persoalannya, kenapa pula Dr Edwin Bosi yang merasa gusar dan risau sedangkan Bosi pemimpn DAP. Orang kata, BN yang kehujanan  tetapi mengapa pula Bosi pula yang basah kuyup kebasahan. Bosi sudah awal awal berhijrah ke BN ke?

Manakala dipihak calon PKR-PR Haji Ansari Abdullah selain balik balik jatuh ke laut, belia  pula berminat benar meneruskan perdebatan biar pun antara beliau dengan Datuk Yong Teck Lee selepas Datuk Musa menolak cabaran Yong dengan alasan isu yang didebatkan merupakan isu lapok dan sudah basi.

Ramai pengundi Batu Sapi terbahak bahak ketawa  melihat kelakar Haji Ansari itu yang mereka sifatkan suatu kejanggalan  dalam sejarah politik masakini, dimana sepatutnya pemimpin seteru dengan pembangkang seperti BN yang harus didepani bersama dalam perdebatan itu supaya isu isu yang dibangkitkan seperti isu kuasa autonomi dan slogan Sabah for Sabahan mendapat reaksi Musa untuk dinilai rakyat dan pengundi Batu Sapi sendiri.

Disitu,…barulah rakyat khususnya pengundi Batu Sapi mendapat impak terbaik dan justifikasi sebenar kegagalan pemimpin BN menangani isu tertunggak itu yang sebenarnya ia bukanlah isu lapok atau sudah basi seperti yang didakwa BN sebaliknya ia merupakan suatu kegagalan secara TOTAL bagi pemimpin BN Sabah merumuskan perkara tersebut dengan Kuala Lumpur.

Salam damai,

MOHD FAIZAL OKAL, BATU SAPI

2 comments:

  1. This 2 DOGTERs is not playing BN card, they been directed or instructed by RM to shoot at SAPP. do sandakan people know that The Chinese DOGTER got how many PROJECTS from BN State Gov't? I should say he is a CON King, how many people (not male) has been CON in term of RMMMMMMMMMM? how many people's women been CON? WATCH OUT, keep your girls, women and wifes in a safe place or else..........ha ha. don't trust me and you will regrated. from anak sandakan stay in KK for 15 years.

    ReplyDelete
  2. 邱慶洲收了巫蛇的好處(五百萬),工作是在這次補選中唱衰老楊(楊德利)的大戲。他們要趁著這次補選來弄死老楊的政治前途。這幾日的本地報章是一邊倒的新聞,有于墨齋(Sotong)、陳德明(白頭)等人一齊來攻擊老楊(楊德利)。

    沙巴信托基金虧損事件,Sotong為什麼要幫巫蛇掩蓋事情的真相呢,他是為了自保官位。沙巴州國陣主席輸不起這場仗。否則他沙巴州國陣主席職位不保。

    不過這場補選讓山打根人民得義,等侯多時的道路、水電發展都獲得首長答應撥款發展,希望,這不是空頭支票,選舉過後,別一聲政府沒錢,就不了了之。

    這次補選國陣給予的撥款和詩巫補選的撥款真是小巫見大巫。

    ReplyDelete

Search This Blog